• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Perak Terus Meningkat Kepada 242 Orang

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mangsa banjir di Perak terus meningkat kepada 242 orang petang ini berbanding 121 pagi tadi, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Perak) Yahya Madif.

Beliau berkata mangsa banjir terbaharu petang ini membabitkan Kampung Parit 6, Parit dengan jumlah yang dipindahkan adalah 55 orang daripada 11 keluarga. Mereka ditempatkan di Surau Nurul Jannah, Batu 6, Parit.

Mangsa banjir di daerah Hilir Perak di Teluk Intan turut meningkat kepada 106 orang daripada 25 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Changkat Jong, katanya ketika dihubungi hari ini.

Yahya berkata hujan lebat serta limpahan air dari sungai berhampiran menyebabkan kawasan kampung di daerah Hilir Perak dinaiki air setinggi 0.2 meter.

Beliau berkata jumlah mangsa banjir dari Kampung Changkat Lobak serta Kampung Air Hitam, Bagan Serai masih kekal dengan 44 orang daripada 11 keluarga dan mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak.

Sejumlah 37 orang daripada 11 keluarga dari Kampung Padang Serai, Pantai Remis juga masih berada di Dewan Orang Ramai Kampung Padang Serai selepas rumah mereka dilanda banjir lumpur akibat tanah runtuh sejak minggu lepas, katanya.

Yahya berkata agensi yang terlibat membantu mangsa banjir ialah JBPM, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kesihatan. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

03/09/2026
0

IPOH - Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang Perak 2026 akan diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada ketua kampung yang menunjukkan prestasi...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd