• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Logo, Maskot Dan Tema Rasmi Sukan SEA Ke-29 Dilancar

oleh Ahmad Albab
15/11/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Logo rasmi, maskot serta tema temasya Sukan SEA ke-29 dilancarkan malam tadi dalam acara gemilang oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Tema yang dipilih untuk temasya Kuala Lumpur 2017 ialah ‘Bangkit Bersama’, seiring dengan cabaran yang perlu ditempuhi oleh negara-negara Asia Tenggara sebagai satu komuniti pada masa kini dan akan datang.

Sementara reka bentuk logo temasya, yang dipilih daripada 174 penyertaan pertandingan mencipta logo tahun ini, adalah berdasarkan kepada simbol Wau Bulan, layang-layang yang terkenal dimainkan oleh penduduk Pantai Timur.

Kombinasi warna yang digabungkan pada logo berkenaan pula mewakili warna- warni panji-panji semua negara Asia Tenggara, sekali gus melahirkan identiti Kuala Lumpur 2017.

Bagi temasya berkenaan, maskot yang diberi nama ‘Rimau’ dipilih bersandarkan kepada kekuatan spesies harimau tempatan, Harimau Malaya.

Pada majlis itu, pendaftaran sukarelawan, yang menjadi nadi utama kelancaran sesebuah temasya sukan, turut dilancarkan.

Sasaran awal ialah mendapatkan sejumlah 20,000 sukarelawan untuk menjayakan temasya itu dengan pendaftaran menggunakan aplikasi di media sosial, platform yang melewati semua peringkat masyarakat tanpa mengira usia dan geografik.

Mereka yang berminat untuk mendaftar boleh melayari laman sesawang rasmi temasya di www.seagames2017.com.my. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]wH_Clul1JS4[/wpdevart_youtube]

Tags: Khairy JamaluddinSukan SEA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd