• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Sindrom Down Mahu Jadi Atlet Bina Badan

oleh AK-47
11/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMUA lelaki di luar sana yang mahukan tubuh badan yang sasa seperti atlet bina badan mungkin boleh jadikan kisah lelaki yang menghidap penyakit Sindrom Down dari Amerika Syarikat ini sebagai inspirasi.

Collin Clarke, 22 tahun; berasal dari Evansville, Indiana, begitu bersungguh-sungguh ingin menjadi seorang ahli bina badan dikatakan telah nekad untuk menyertai satu pertandingan di sana tidak lama lagi.

body-building-down-syndrome-collin-clarke-5

Dia yang bekerja di pusat kecergasan tempatan, Bob’s Gym North telah mendapat inspirasi daripada jurulatih serta ahli bina badan profesional, Glenn Uberhol yang sering melakukan rutin hariannya di situ.

Glenn kebetulan turut memerhatikan tindakan Collin yang suka mengikutnya melakukan rutinnya dan telah mengambil lelaki itu sebagai anak buah serta melatihnya untuk mencapai cita-cita sebagai atlet bina badan.

body-building-down-syndrome-collin-clarke-6
Collin bersama Glen Uberhol.

Dalam tempoh setahun sahaja, Collin telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 27 kilogram malah dia kelihatan begitu bersedia untuk pertandingan yang disertainya nanti.

“Saya rasa sangat hebat, saya begitu gembira kerana dapat merasakan sukan bina badan sudah mengalir dalam darah saya dan saya mahu lakukannya sejak kecil lagi.

“Sebab kenapa saya minat dalam sukan bina badan ini adalah kerana saya selalu melihat Glenn, ahli bina badan yang lain dan ia memberi insprasi kepada saya,” katanya.

body-building-down-syndrome-collin-clarke-3

Jadi apa yang dilakukan oleh Collin ini ternyata sesuatu yang luar biasa, dia membuktikan bahawa sesiapa sahaja mampu mencapai serta lakukan apa sahaja yang diimpikan.

“Jangan putus asa, jangan berhenti, teruskan usaha, kerja lebih keras dan berikan apa sahaja yang kamu ada,” tambahnya.

Apa-apa pun semoga berjaya kepada Collin dan diharapkan pertandingan yang disertainya itu akan menjadi medium untuk dia terus maju ke hadapan. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Tags: bina badanlelakisindrom down
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd