• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komuniti ASEAN Perlu Lebih Berpaksikan Rakyat

oleh Ahmad Albab
19/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy jamaluddin berkata sudah tiba masa untuk masyarakat ASEAN untuk menjadi lebih berpaksikan rakyat dan bukan terus memberi tumpuan kepada hubungan diplomatik.

Beliau berkata peralihan itu penting kerana ia bukan sahaja membolehkan masyarakat lebih memahami tentang ASEAN tetapi pada masa yang sama akan menentukan hala tuju dalam membentuk hubungan dua hala yang lebih baik antara negara-negara anggota ASEAN.

“Adalah penting bagi ASEAN dikaitkan dengan masyarakat kerana rantau ini adalah tempat tinggal mereka di mana perlu wujud semangat kekitaan dalam diri mereka,” katanya.

Belau berkata demikian kepada pemberita selepas meyaksikan majlis menandatangani surat pertukaran antara Kementerian Belia dan Sukan bagi program kesukarelaan ‘MyCorps’ dan program kesukarelaan terkenal Amerika Syarikat Syarikat, ‘Peace Corps’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mengenai pertukaran surat tersebut, katanya ia menandakan bermulanya hubungan secara rasmi dan kesinambungan kerjasama antara kedua-dua pihak sejak Jun lepas.

Khairy berkata program MyCorps akan membantu melahirkan lebih banyak sukarelawan muda dan memupuk rasa empati dalam kalangan belia dan membantu membangunkan kemahiran kepimpinan di samping membantu memberi khidmat kepada masyarakat.

“Kami mahu memberikan perspektif yang lebih besar kepada belia kita. Ketika dunia bergelut dengan cabaran ekstremisme dan insiden-insiden dunia menunjukkan kita berpaut secara bahaya dalam jurang keganasan,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, lebih 1,000 sukarelawan telah berdaftar dengan MyCorps sejak pelancarannya minggu lepas dan 40 daripada mereka akan memulakan projek perintis di Kemboja bulan depan.

Insiatif MyCorps diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan tujuan menyediakan tenaga sukarelawan yang bertindak sebagai model contoh dan tenaga elit kesukarelaan bagi mendorong sukarela dalam kalangan generasi Y berusia 21 hingga 30 tahun. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]lPDWwL_Tbhc[/wpdevart_youtube]

Tags: ASEANKhairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd