• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang Umum DAP Akan Bantu Ahli UMNO Jatuhkan PM

oleh Ahmad Albab
27/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP hari ini mengumumkan parti itu menawarkan kerjasama dengan mana-mana ahli UMNO yang berhasrat menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) juga bersedia untuk mengadakan kerjasama tersebut dengan mana-mana ahli UMNO.

“Parti Pakatan Harapan iaitu DAP, PKR dan PAN bersedia untuk bekerjasama dengan tiga juta ahli UMNO dan 21,000 UMNO Cawangan bagi tujuan itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang berkata, Pakatan Harapan turut menawarkan kerjasama dengan mana-mana ahli UMNO bagi menjatuhkan pemimpin UMNO di semua peringkat bagi kononnya menyelamatkan Malaysia.

Pemimpin pembangkang sebenarnya sangat terdesak untuk memecahbelahkan UMNO kerana gusar dengan kemelut yang teruk berlaku antara parti-parti pembangkang pada waktu ini.

Pelbagai kekecohan melanda parti pembangkang hingga membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat pada Ogos lalu sebelum digantikan dengan Pakatan Harapan.

Gabungan baharu parti pembangkang yang tidak disertai PAS itu bagaimanapun tetap berhadapan konflik dalaman apabila PKR bertegas mahu terus bekerjasama dengan PAS kerana takut kehilangan undi penyokong PAS.

Pendirian PKR itu bagaimanapun dikecam hebat parti lain dalam Pakatan Harapan terutama DAP dengan bertindak memecat semua wakil PAS di Pulau Pinang. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]V5i2cWNIKn8[/wpdevart_youtube]

Tags: Lim Kit Siang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

04/07/2023
0

Kesilapan memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin nombor dua Umno mengubah hala tuju negara, kata pemimpin DAP itu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd