• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Cabul: Bekas Guru Kemuka Surat Representasi

oleh Ahmad Albab
13/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas guru penolong kanan sebuah sekolah rendah yang didakwa atas pertuduhan mencabul seorang murid perempuan, akan mengemukakan surat representasi ke Jabatan Peguam Negara supaya pertuduhan terhadapnya ditarik balik.

Peguam Agus Rosman yang mewakili Ahmad Rapaie Mohammad, 54, memaklumkan kepada Majistret Muhamad Faizal Ismail pihaknya akan menghantar surat itu dalam tempoh dua minggu.

Agus turut memohon kepada mahkamah supaya tidak membenarkan media membuat liputan kes itu, bagaimanapun mahkamah menolak kerana prosiding itu dilakukan di mahkamah terbuka.

“Laporan akhbar tidak boleh dihalang kerana ini adalah mahkamah terbuka, melainkan rakaman gambar dan video dalam mahkamah, itu tidak dibenarkan,” kata Muhamad Faizal.

Mahkamah menetapkan 14 Dis ini untuk pengurusan kes dan 13 dan 14 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N.Joy Jothi. Pada 23 Okt lepas, Ahmad Rapaie, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memeluk dan mencium murid itu yang berumur sembilan tahun 11 bulan dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di depan stor dalam Bilik Media, di sebuah sekolah di sini pada pukul 1.20 tengah hari, 30 April 2014.

Tertuduh yang ketika itu merupakan guru disiplin didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Gurukes cabul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd