• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama Dengan PKR Rugikan PAS! – Mohd. Khairuddin

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mengapa PAS perlu terus berkerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika parti itu turut menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara (PAN)?

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali yang mempersoalkan perkara itu berkata, situasi berkenaan sekadar merugikan PAS dan hanya memberi keuntungan kepada PKR

“Jika PKR yang bekerjasama dengan PAN mengiyakan PAN bertanding tiga penjuru di kawasan PAS maka apa sebab PAS perlu berundur memberi laluan PKR bertanding tanpa tiga penjuru lalu memberikan kerusi selamat kepada PKR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan bahawa parti itu mahu terus bekerjasama dengan PAS tetapi pada masa sama menjalin hubungan politik dengan PAN.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor membuat kenyataan itu berikutan desakan hebat oleh pimpinan DAP dan PAN supaya wakil PAS disingkirkan daripada kerajaan Selangor seperti yang dilakukan DAP di Pulau Pinang.

PKR bagaimanapun terdesak meneruskan kerjasama dengan PAS kerana takut hilang sokongan ahli dan penyokong PAS dalam pilihan raya umum akan datang berdasarkan sambutan hambar diterima perhimpunan haram Bersih 4.0 tahun ini.

Mohd. Khairuddin seterusnya berkata, PAS menetapkan syarat kerjasama dengan PKR iaitu PKR tidak akan membenarkan PAN bertanding melawan PAS.

“Kalau tak ada kerusi untuk ditandingi PAN boleh bertanding di Sabah dan Sarawak atau rakan Pakatan Harapan perlu mengagihkan kerusi milik mereka sendiri kepada PAN atas dasar ihsan,” sindirnya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]7S9GAWrd1S8[/wpdevart_youtube]

Tags: PASPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Tolak Perjuangan PH Didominasi DAP

PAS Tolak Perjuangan PH Didominasi DAP

01/10/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menolak perjuangan Pakatan Harapan (PH) didominasi DAP kerana didakwa berpegang kepada prinsip sekular iaitu memisahkan politik...

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd