• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Sasar Pengambilan Baharu Tawar 438 Perjawatan Melibatkan Pelbagai Gred

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
7
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan pengambilan rekrut baharu apabila menawarkan 438 perjawatan melibatkan pelbagai gred pada tahun hadapan.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Arifin Che Mat berkata terdapat kira-kira 300 kekosongan jawatan penguatkuasaan yang bermula dengan gred N17 manakala selebihnya melibatkan bukan jawatan penguatkuasaan.

“Sekarang ini, pengambilan sedang dilaksanakan dan pada tahun hadapan, kami yakin jawatan itu dapat dipenuhkan bagi menampung tugas-tugas dalam jabatan ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kenderaan penguatkuasaan Zon Timur, di sini Isnin.

Menurutnya pengambilan rekrut itu adalah perlu bagi menampung keperluan semasa termasuk kekosongan bagi pembukaan beberapa Stesen Penguatkuasaan JPJ baharu di seluruh negara selain di Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang memerlukan anggota untuk melaksanakan tugas di kawasan itu.

“Kami tidak wujudkan jawatan. Yang ada kini hanya kekosongan bagi pengisian jawatan, jadi kami akan agihkan pengambilan baharu itu sebaik mungkin bagi memastikan operasi kami tidak terjejas,” katanya dan menambah permohonan boleh dibuat menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). – BERNAMA

Tags: JawatanJPJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sedar Jawatan Saya ini Terbatas. Mungkin Meninggal Dunia, Mungkin Uzur, Mungkin Kalah’

‘Saya Sedar Jawatan Saya ini Terbatas. Mungkin Meninggal Dunia, Mungkin Uzur, Mungkin Kalah’

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu mengulangi budaya pentadbiran terdahulu yang menghukum rakyat...

JPJ Gantung Sementara Kelulusan Chery Omoda 5, Tangguh Pendaftaran Baharu

JPJ Gantung Sementara Kelulusan Chery Omoda 5, Tangguh Pendaftaran Baharu

11/10/2026
0

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Chery Omoda 5, sekali gus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd