• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Cipta Sejarah Pasukan Malaysia Pertama Juara Piala AFC

oleh Ahmad Albab
03/11/2015
dalam Hangat, Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah baharu bola sepak tanah air selepas muncul pasukan pertama dari Malaysia menjuarai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Jaringan tunggal perancang tengah dari Argentina, Leandro Velazquez pada minit ke-22 sudah cukup bagi skuad Harimau Selatan menundukkan juara bertahan Liga Tajikistan, Istiklol FC pada aksi final di Stadium Republican Central di Dushanbe, Tajikistan, malam ini.

Pencapaian itu sekali gus, mengubat kekecewaan mereka yang gagal melepasi saingan peringkat kumpulan dalam penampilan sulung pada 2009, yang ketika itu dikenali sebagai Johor FC.

Selaku juara, JDT membawa pulang trofi Piala AFC yang disampaikan sendiri oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, selain wang tunai berjumlah US$350,000 (RM1.502 juta), manakala Istiklol FC meraih US$250,000 (RM1.072 juta) selaku naib juara.

Lebih manis, kapten JDT Safiq Rahim dinobatkan sebagai pemain paling bernilai, manakala kapten Istiklol FC, Vasiev Dilshod dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Kejayaan berkenaan merupakan trofi ketiga yang diraih JDT musim ini, selepas muncul juara Piala Sumbangsih (Piala Sultan Ahmad Shah) menerusi kemenangan 2-0 ke atas Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 31 Jan lepas, selain menjuarai Liga Super 2015.

Beraksi di atas padang tiruan malam ini, nyata memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah yang menguasai babak awal perlawanan dengan melakukan beberapa percubaan berbahaya ke arah pintu gol JDT, namun ketumpulan jentera serangan menyaksikan mereka gagal meraih sebarang gol.

Nasib sebaliknya menyebelahi skuad Harimau Selatan yang berjaya mengejutkan pasukan tuan rumah apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-22 menerusi Velazquez, sekali gus menggembirakan hampir 500 penyokong skuad Harimau Selatan yang turut hadir memberikan sokongan.

Gol berkenaan berpunca daripada sepakan penjuru Safiq yang ditampan keluar oleh penjaga gol tuan rumah, Nikola Stosic sebelum Velazquez meluru sebelum melepaskan rembatan kaki kiri daripada luar kotak penalti.

Tersentak dengan gol itu, Istiklol FC kembali memperkemaskan permainan untuk memburu gol penyamaan namun kekebalan benteng pertahanan JDT diketuai Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Marcos Antonio menyaksikan keputusan 1-0 itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama perlawanan.

Bersambung separuh masa kedua, pasukan tuan rumah meneruskan serangan ke arah kubu JDT, dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-51 menerusi Dzhalilov Manuchehr Jalilov, namun jaringannya dibatalkan pengadil, Minoru Tojo dari Jepun selepas Dilshod berada pada kedudukan ofsaid.

Jalilov sekali lagi, berjaya menjaringkan gol penyamaan pada penghujung perlawanan, namun Minoru tidak membenarkan gol berkenaan kerana pemain itu berada pada kedudukan ofsaid, dan keputusan 1-0 itu kekal sehingga wisel penamat. – BERNAMA

Tags: JDTPiala AFC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mengambil peluang melontarkan pelbagai kritikan dan teguran berhubung keadaan...

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd