Monday, October 7, 2024

Creating liberating content

7 Pemandu Positif Dadah

GEORGE TOWN - Tujuh pemandu bas kilang didapati positif dadah manakala 12 lagi...

Cuaca Panas: Orang Ramai...

SEGAMAT - Orang ramai dinasihat agar melebihkan pengambilan air berikutan cuaca panas yang...

Bieber Bertunang Anak Aktor...

BINTANG pop remaja, Justin Bieber dilaporkan bakal berkahwin apabila dia dipercayai melamar kekasihnya,...

‘Jangan Ada Gangguan Tangan...

BEKAS jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah berharap tidak ada ‘tangan ghaib’ mengganggu tugas...

Baitulmal MAIWP Dakwa Alwi Salah Faham

PETALING JAYA – Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mendakwa mualaf, Alwi Chan Abdullah yang terpaksa menggunakan Facebook untuk mendapatkan sumbangan bagi membiayai kos pembedahan dan perubatan anaknya salah faham mengenai saluran yang betul untuk memohon bantuan.

Pengurus Baitulmal MAIWP, Mohd Nizam Yahya berkata pihaknya bukan tidak mahu membantu Alwi tetapi bapa kepada empat orang anak itu memohon bantuan di saluran yang salah.

“Proses untuk mendapat bantuan bagi mualaf sebenarnya amat mudah. Namun, Alwi sendiri salah faham, dia pergi ke saluran yang salah. PPZ-MAIWP secara khususnya adalah untuk urusan kutipan zakat sahaja.

“Sepatutnya dia ke Baitulmal MAIWP, agensi yang bertanggungjawab menguruskan agihan zakat. Saya pun tidak pasti mengapa dia tidak ke pejabat kami untuk membincangkan masalahnya,” katanya kepada mStar Online.

Malah, Mohd Nizam turut kecewa kerana Alwi terus membangkitkan perkara tersebut kepada pihak media tanpa membincangkan masalahnya dengan pihak Baitulmal MAIWP.

“Dia antara asnaf yang kami santuni semasa ditemui hidup sebagai gelandangan di Pudu Sentral sebelum ini,” kata Mohd Nizam.

Jelas beliau lagi, Baitulmal MAIWP bersedia mempertimbangkan permohonan beliau sekiranya menepati syarat yang ditetapkan dan segala dokumen yang diperlukan disertakan bersama.

“Dia boleh mohon sebab kita ada sediakan bantuan perubatan dan pembedahan. Permohonan akan diproses dalam tempoh dua minggu jika permohonan tidak melebihi RM20,000 setahun,” katanya.

Beliau berkata, memandangkan Alwi kini menetap di Selayang, Selangor, maka Baitulmal MAIWP memutuskan agar kes tersebut diuruskan Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkuatkuasa pada Isnin.


“Selepas meneliti perkara ini, maka kami putuskan kes Alwi akan diuruskan LZS. Ini selepas mengambil kira dia kini bermastautin di Selangor,” katanya.

Namun, Mohd Nizam berkata bantuan bulanan RM500 yang diterima Alwi daripada Baitulmal MAIWP sejak tiga bulan lalu akan diteruskan sehingga permohonannya dengan LZS diluluskan.

“Walaupun kita tidak akan mengendalikan kes Alwi selepas ini, bantuan bulanan tetap akan diteruskan. Ia akan ditamatkan sebaik sahaja permohonan bantuan dia dengan LZS diluluskan,” katanya.

Terdahulu, Alwi menerusi laporan yang dikeluarkan mStar Online berkata beliau serik berurusan dengan Baitulmal MAIWP untuk memohon bantuan yang didakwa rumit.

Justeru, beliau terpaksa menagih simpati bantuan rakan-rakan di Facebook bagi menampung kos pembedahan dan perubatan anak bongsunya, Danial Oktavian Chan yang kini baru berusia lebih sebulan akibat masalah jantung.

Alwi mendakwa sejak dilahirkan pada 16 September lalu, anak bongsunya itu sering keluar masuk Hospital Ampang kerana keadaan jantungnya yang lemah. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori