BAK adegan filem Hollywood, seorang pemandu teksi yang memandu secara berbahaya dirakam merempuh seorang penjaga pintu di Hospital Angkatan Tentera Mizan, baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuatnaik, pemandu ‘gila’ terbabit dilihat melanggar pengawal itu sebelum cuba melarikan diri menggunakan pintu masuk yang sama.
Pemandu Teksi ‘Gila’ Rempuh Pengawal Pintu oleh mynewshub
Bagaimanapun, pemandu teksi terbabit dilaporkan telah dibicarakan dan diarahkan pihak mahkamah dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan bagi menjalani pernilaian mental.
Menurut portal Sinar Harian, Hakim Azman Mustapha memerintahkan pemandu teksi, S Ganesan, 44, menjalani ujian mental selepas membenarkan permohonan peguam bela, Noor Mousa Azaddin hari ini.
Ganesan mengaku tidak bersalah di atas tuduhan melakukan cubaan bunuh terhadap penjaga pintu terbabit, Mohd Azahari Yusoff menggunakan teksi sehingga mendatangkan kecederaaan pada lengan kanan mangsa.
Ganesan berhadapan dengan hukuman penjara 20 tahun jika disabitkan kesalahan.
– Mynewshub.cc
Oleh: hzqahmd