• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

oleh Mohd Arshad
23/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bermula bulan depan, seramai 35,000 pemandu teksi dan 18,000 pemandu bas sekolah dalam negara bakal menikmati caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bercakap dalam sidang media selepas Majlis Sua Kasih Madani Kementerian Pengangkutan (MOT) di sini pada Jumaat, Anthony berkata, 90 peratus caruman itu akan dibiayai menerusi peruntukan Kementerian Kewangan manakala baki 10 peratus dibayar oleh MOT bagi tempoh setahun.

“Kita difahamkan Kementerian Kewangan ada memberikan satu dana kepada Perkeso sebanyak RM100 juta untuk mencarum sehingga 90 peratus bagi pemandu teksi, e-hailing, p-hailing dan sebagainya.

“Walaupun 90 peratus, tetapi 10 peratus perlu dicarum sendiri oleh pemandu sendiri, jadi untuk golongan ini, kita akan membuat caruman tambahan 10 peratus itu,” katanya.

Beliau berkata, usaha berkenaan adalah untuk memberi perlindungan sosial kepada mereka iaitu sekiranya berlaku kemalangan, caruman itu akan membantu mereka dan keluarga.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, beliau sudah berbincang dengan Perkeso berhubung pelaksanaan insiatif terbabit selain meminta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menyerahkan senarai pemandu dalam pangkalan data mereka kepada Perkeso untuk disemak silang.

“Kita jangka Mac ini dapat lancarkan inisiatif ini, maksudnya pemandu teksi dan pemandu bas sekolah tidak perlu mencarum satu sen pun untuk setahun, mereka cuma perlu daftar nama mereka.

“Jika sudah daftar sebelum itu, kita akan bagi slip caruman mereka,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Caruman PERKESOPemandu Bas Sekolahpemandu teksi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Penerima Prihatin Dikecuali Lalui Proses Permohonan Permai

15/02/2021
0

PUTRAJAYA - Pemandu teksi, kereta sewa, bas persiaran, bas sekolah dan e-hailing yang menerima bantuan Prihatin sebelum ini akan dikecualikan...

PERMAI: Pemandu Pelancong, Teksi, Bas, e-Hailing Dapat RM500

18/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menyediakan bantuan khas secara sekali bayar atau 'one-off' sebanyak RM500 kepada pemandu teksi, bas dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd