• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UiTM Perlu Buka Peluang Kepada Bukan Bumiputera – Pro Canselor

oleh Ahmad Albab
24/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Universiti Teknologi Mara (UiTM) disaran memberi peluang kepada golongan bukan Bumiputera mengikuti pengajian di peringkat tertinggi di universiti berkenaan bagi mengalakkan persaingan.

Pro Canselornya, Tan Sri Dr. Arshad Ayub berkata hasrat mewujudkan UiTM bukan sekadar untuk melahirkan ‘jaguh kampung’ tetapi ingin menampilkan lebih banyak golongan intelektual di persada antarabangsa.

Menurutnya sudah sampai masa untuk cadangan membuka peluang kepada bukan Bumiputera di universiti berkenaan dipertimbangkan memandangkan persaingan semakin mencabar di peringkat antarabangsa.

“Ini mengelak graduan universiti berkenaan sekadar menjadi ‘jaguh kampung’ dalam dunia yang kini semakin mencabar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan edisi ketiga Persidangan Akademik Antarabangsa (IAC) 2015 di sini, Jumaat.

Beliau mencadangkan peluang untuk bukan Bumiputera perlu dibuka di peringkat Sarjana (Masters) dan Doktor Falsafah (PhD) dan bukan untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

“Peluang kepada penuntut bukan Bumiputera melanjutkan pengajian di peringkat Masters dan PhD di UiTM mungkin dalam peratusan yang kecil dan ini akan mendorong pelajar Bumiputera bersaing di peringkat tertinggi.

“Bagaimanapun ia hanya membabitkan peringkat yang lebih tinggi kerana golongan Bumiputera masih memerlukan peluang dan sokongan di peringkat lebih rendah iaitu diploma dan ijazah selaras dengan dasar penubuhan universiti,” katanya.

Hadir sama, Pemangku Rektor UiTM Terengganu, Prof Dr. Azemi Che Hamid dan Timbalan Pengerusi IAC 2015, Prof Dr. Baharom Abd Rahman.

Persidangan dwitahunan itu disertai oleh 250 ahli akademik dari Malaysia, Indonesia, Nigeria dan China dengan 133 kertas kerja dengan tema ‘Teknologi Meningkatkan Pendidikan’ dibentangkan pada sesi dua hari itu. – BERNAMA

Tags: bumiputeraUiTM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

Asyraf Wajdi ‘Bengang’ Mara Dikritik Kerana Bantu Bumiputera

Asyraf Wajdi ‘Bengang’ Mara Dikritik Kerana Bantu Bumiputera

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa kecewa apabila masih terdapat pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd