• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tony Pua Perlu Berani Sahut Cabaran Debat Arul Kanda – Ismail Sabri

oleh Ahmad Albab
31/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua perlu menyahut cabaran berdebat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata Pua kini tidak mempunyai sebarang alasan untuk menolaknya selepas Arul Kanda hari ini mengumumkan kesediaan bersemuka dengan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) daripada DAP itu secara langsung di televisyen berhubung isu 1MDB tanpa sebarang syarat.

“Oleh kerana Tony Pua membuat berbagai-bagai tuduhan tanpa bukti dan sebagainya, saya harap Tony Pua menyahut cabaran Arul Kanda … jangan jadi pengecut, dia mesti berani sahut cabaran itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dengan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata demi keadilan, Pua harus meletakkan jawatannya dalam PAC sekiranya mahu berdebat dengan Arul Kanda kerana PAC sedang menyiasat 1MDB.

“Bagi saya, dia sepatutnya letak jawatan sebagai anggota PAC, soal Arul Kanda tak nak letak syarat maknanya dia berani untuk berhadapan dengan Tony Pua.

“Saya harap tak ada lagi alasan-alasan lain daripada Tony Pua untuk tidak berdebat dengan Arul Kanda,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDBIsmail Sabri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd