• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tingkat Usaha Kebersihan Untuk Tangani Denggi – Loga Bala

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Masyarakat perlu bersama-sama mengambil tanggungjawab dalam memerangi wabak denggi dengan menjaga kebersihan kawasan persekitaran, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Beliau berkata berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia setakat Januari sehingga 14 Okt tahun ini, sebanyak 94,613 kes denggi dilaporkan di seluruh negara dengan mencatatkan 262 kes kematian.

“Kuala Lumpur telah merekodkan sebanyak 6,446 kes denggi dengan 31 kematian sekaligus meletakkan kita sebagai negeri keempat tertinggi dalam negara.

“Daripada jumlah tersebut, kita dapati sebanyak 1,256 kes berlaku di kawasan Lembah Pantai dengan enam kematian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gotong-Royong Taskforce Kebersihan Peringkat Parlimen Lembah Pantai, di sini, hari ini.

Program tahunan yang bermula pada Jun 2013 itu bertujuan untuk menangani masalah dan mempertingkatkan tahap kebersihan di Wilayah Persekutuan, terutamanya di tempat tumpuan awam dan para pelancong.

Loga Bala berkata masyarakat setempat harus bersama-sama menjaga kebersihan serta memastikan kesemua faktor yang membawa kepada sebarang penyakit dapat dijauhi. – BERNAMA

Tags: denggikesihatan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman media sosial Public Health Malaysia (PHM) hari ini secara terbuka menyatakan penghargaan terhadap kerajaan Johor di...

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Tahap kesihatan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas menjalani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd