• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Cadangan Hadkan Umur Jemaah Haji Elak Kematian – TH

oleh
07/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Tabung Haji (TH) tidak bercadang mengehadkan umur jemaah haji hanya kerana mahu mengelakkan berlakunya kematian di Makkah, kata Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau berkata pihaknya akan mengikut sistem sedia ada dan mana-mana jemaah, tidak mengira umur, yang berjaya melepasi pemeriksaan kesihatan serta mematuhi semua syarat yang ditetapkan oleh TH layak untuk mengerjakan ibadah haji.

“Kalau awak tanya saya semua orang nak (mengerjakan ibadah haji) umur-umur itu, sebab masa itu dia mampu pun. Bila tiba masa cukup duit umur mereka dah 60 tahun, mana boleh kita tak benarkan.

“Tabung Haji akan buat yang terbaik dalam konteks kesihatan. Kita ada pasukan perubatan yang baik yang akan cuba sedaya mungkin untuk menjaga semua jemaah kita daripada sudut kesihatan. Selain daripada itu kita berserahlah kepada Allah. Ada yang umur 50 tahun, 45 tahun meninggal dunia juga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham Mohd Ismail Abdul Salam yang meninggal dunia di Makkah, di kediamannya di Bukit Gedung di sini, hari ini.

Allahyarham Mohd Ismail, 66, yang menunaikan haji bersama isterinya Fatimah Beevi Mohamed Sultan, 60, meninggal dunia akibat radang paru-paru (pneumonia) di Hospital King Faizal Makkah, pada 5 Okt lepas. Fatimah Beevi dijangka pulang ke tanah air pada Jumaat ini.

Abdul Azeez berkata sebanyak 33 kematian melibatkan jemaah haji Malaysia untuk musim haji ini dengan tujuh kematian disebabkan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, insiden rempuhan di Mina (satu kematian) dan 25 kematian disebabkan sakit biasa.

Katanya kematian disebabkan sakit biasa itu membabitkan jemaah yang telah berusia.

“Jika diikutkan tahun-tahun yang lalu (jumlah kematian jemaah haji) lebih kurang sama. Lazimnya kematian berlaku selepas hari wukuf, selepas selesai melontar, selesaikan tawaf haji, disebabkan virus dan sebagainya,” jelas beliau.

Beliau berkata penerbangan terakhir jemaah haji ke tanah air pada 28 Okt ini.

Sementara itu, anak bongsu Allahyarham Mohd Ismail, Siti Aminah, 24, berkata ini merupakan ibadah haji pertama Allahyarham dan ayahnya turut tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum berangkat ke tanah suci.

“Kali terakhir bercakap dengan Allahyarham pada Hari Raya Aidiladha. Kami terima dan redha dengan ketentuan Allah. Sedih memanglah sedih, semua orang kalau boleh nak cium mak ayah dia…tapi tidak mengapalah. Saya doa yang terbaik untuk bapa,” katanya. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd