• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sijil Halal, Pengawasan Perlu Buat Muslim Di China

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Terdapat keperluan untuk pensijilan standard halal dan pengawasan yang memenuhi keperluan masyarakat Muslim di China bagi memastikan barang makanan dan produk yang digunakan mereka benar-benar halal dan boleh dimakan dengan penuh ketenangan, kata Prof Ramadhan Ma Qiang dari Shaanxi Normal University, China.

Beliau berkata peraturan berkaitan penyediakan makanan halal di China berbeza-beza berdasarkan kawasan dan kumpulan etnik Muslim berikutan kekurangan piawaian halal.

“Justeru, penyeragaman makanan dan barangan halal mengikut garis panduan pemakanan Islam yang ketat sangat penting untuk kegunaan semua umat Islam,” katanya kepada Bernama selepas mengambil bahagian dalam Seminar Antarabangsa mengenai Amalan Islam di China di sini.

Ma berkata pengawasan halal juga perlu diletakkan di bawah bidang kuasa organisasi Muslim untuk memastikan makanan yang diproses dan disediakan mengikut peraturan syariah Islam.

Menurut Ma, sehingga kini, tidak ada kuasa yang khusus mengendalikan perkara itu di negaranya dan setem kelulusan halal boleh diberi oleh banyak pihak berkuasa Islam, termasuk pengurusan masjid.

Beliau berkata peranan yang dimainkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam menetapkan peraturan yang ketat ke atas pensijilan halal, menjadi satu-satunya pihak berkuasa kerajaan yang bertanggungjawab terhadap perkara itu.

“Dan pengurusan seperti inilah yang kami mahukan di China,” katanya.

Seminar sehari itu dianjurkan bersama oleh Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Institut Kong Zi.

Pengarah Institut Kong Zi, Prof Madya Datuk Dr. Azarae Idris berkata objektif program itu adalah untuk menjelaskan mengenai amalan keagamaan dalam kalangan umat Islam di China pada masa ini.

“Ia berfungsi sebagai platform untuk membincangkan mengenai amalan sebenar Islam di China dalam pelbagai aspek seperti kepercayaan, ibadah ritual, perhubungan sosial, kepenggunaan dan lain-lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: ChinaHalalJakim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd