• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sifar GST Bagi Barangan Keperluan Asas Kurangkan Beban Pengguna

oleh Ahmad Albab
30/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengecualian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas keperluan asas seperti ubat bagi penyakit kronik dan pelbagai makanan serta masakan menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat, kata Naib Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman.

Beliau berkata keputusan itu dapat dimanfaatkan pengguna di negara ini dan FOMCA berharap kerajaan akan memperluaskan lagi kaedah bagi pengecualian cukai tersebut.

Katanya FOMCA mengalu-alukan penambahan senarai barangan berkadar sifar GST yang diumumkan kerajaan yang memberi kebaikan kepada pengguna kerana dapat mengurangkan kos.

“FOMCA berharap kerajaan dari masa ke semasa akan perhalusi beberapa barangan keperluan asas berkadar GST sifar berdasarkan maklum balas yang diterima daripada rakyat,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Jumaat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 pada Jumaat lalu mengumumkan tujuh langkah penambahbaikan GST berkuat kuasa menjelang 1 Jan depan, antaranya pengecualian GST ke atas ubat bagi 30 jenis penyakit dan pelbagai jenis barangan makanan serta masakan termasuk susu bayi dan kanak-kanak berasaskan kacang soya dan susu organik.

Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA), Laily Paim berpendapat pengumuman itu sememangnya patut disambut baik semua pihak kerana ia menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam meringankan beban pengguna terutamanya yang berpendapatan rendah.

“Diharap akan ada lebih banyak barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan GST mengikut keperluan terutamanya barang keperluan asas seperti makanan, perumahan, pendidikan dan pengangkutan,” katanya.

Laily menyifatkan keprihatinan itu sebagai kewajipan pihak pemerintah yang sentiasa mengambil berat dan mengutamakan kebajikan seluruh rakyat.

“Keprihatinan perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang cekap dan berkesan supaya tahap hidup rakyat Malaysia khususnya mereka yang berpendapatan rendah benar-benar dapat ditingkatkan.

“Kesejahteraan hidup perlu dilihat dari semua aspek kehidupan yang merangkumi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal sehinggalah kepada kesihatan, pendidikan, pekerjaan dan lain-lain lagi,” katanya lagi.

Sementara itu, Annisah Shukri, 39, dari Bukit Jalil, ibu kepada tiga orang anak yang masih kecil berkata terdapat kebaikan yang dapat dimanfaatkannya, tambahan pula beliau mempunyai anak yang tidak boleh menerima susu lembu.

“Saya ada anak yang intoleran susu lembu jadi saya faham rasa bebanan beli susu soya sebab harganya lebih mahal berbanding susu lembu. Ibu bapa yang ada anak yang mengalami keadaan itu tidaklah terbeban sangat,” katanya.

Selain itu, katanya, walaupun telah ada subsidi bagi ubat-ubatan di negara ini, masih ada golongan yang tidak berkemampuan dan pengecualian cukai itu sekurang-kurangnya meringankan beban pembeli.

Farrah Fazilah Ab Mahat, 34, dari Putrajaya, pula berkata memandangkan ramai rakyat di negara ini menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung yang bergantung kepada ubat-ubatan, sememangnya keputusan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap masalah yang dihadapi rakyat.

“Memang banyak membantu terutama bagi mereka yang bergaji rendah dan terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih kerana pesakit bergantung kepada ubat,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: FOMCAGST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd