• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rangka Kanak-Kanak Ditemui Di Sungai Berhampiran Pos Tohoi

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Sebahagian rangka seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti jantina, ditemui di Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah berkata rangka berkenaan iaitu tengkorak dan beberapa batang tulang rusuk, ditemui pada 3.50 petang semalam.

Beliau berkata rangka itu ditemui kira-kira 800 meter dari mayat Sasa Sobrie, 8, salah seorang daripada tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi yang hilang sejak Ogos, yang ditemui petang semalam.

“Kita belum mengetahui jantina rangka berkenaan sama ada lelaki ataupun perempuan kerana kita hanya temui sebahagian daripada tulang-temulangnya,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Gua Musang (HGM) di sini, malam Khamis.

Hadir sama Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan, Ab. Aziz Abdullah.

Saiful Bahri berkata rangka berkenaan ditemui sepasukan 10 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq yang ditugaskan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh murid SK Pos Tohoi yang hilang sejak Ogos lepas.

“Pasukan itu menemui rangka berkenaan yang tersadai di tebing sungai dan kita percaya ia ada kaitan dengan kehilangan tujuh kanak-kanak tersebut,” katanya.

Rangka berkenaan tiba di bilik mayat hospital itu kira-kira 8.50 malam tadi, dan dibungkus di dalam sebuah kotak sebelum diserahkan kepada pihak patologi untuk ujian DNA dan pengecaman jantina.

Mengulas lanjut, Saiful Bahri berkata pihak patologi juga telah mengambil sampel darah anggota keluarga tujuh murid berkenaan pada tengah hari tadi, bagi memudahkan proses ujian DNA dijalankan.

Mengulas lanjut mengenai operasi itu, katanya pasukan SAR mengalami kesukaran menjalankan operasi di kawasan sungai berkenaan kerana air yang cetek serta mempunyai banyak batu.

Sementara itu, Ab Aziz berkata pihaknya akan menambah empat aset baharu iaitu kayak bagi memudahkan operasi dilaksanakan.

“Kayak mudah dikendalikan di kawasan air cetek dan ia akan membantu pasukan SAR melaksanakan operasi mereka. Kita akan minta bantuan aset berkenaan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dan Perak,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan menghantar 10 kaunselor bagi membantu meredakan emosi ibu bapa kanak-kanak tersebut serta memberi kaunseling kepada murid-murid sekolah berkenaan pada Sabtu ini.

Pada 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi, bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran.

Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11; – kesemuanya berasal dari Kampung Gawin dan Penad. – BERNAMA

Tags: MayatOrang AsliTohoi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

08/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Lebih 20,000 masyarakat Orang Asli yang mendiami 60 kampung di negeri ini merupakan sebahagian daripada keluarga besar...

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd