• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Perlis Mahu Pemimpin Kerap Turun Padang Fahami Masalah Rakyat

oleh Ahmad Albab
19/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu semua pemimpin lebih kerap turun padang untuk menyelami masalah yang dihadapi rakyat dan membantu mereka.

Menurut baginda, jika pemimpin melaksanakan tanggungjawab mereka dengan berkesan sudah tentu rakyat yakin dan percaya kepada mereka, sekali gus mudah diajak bersama memberi sumbangan membangunkan negara.

Baginda meminta pemimpin mencontohi semangat kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W yang berjaya menyatukan pelbagai puak di Madinah melalui perjanjian Piagam Madinah sehingga orang bukan Islam memeluk Islam secara sukarela.

“Semangat kerjasama antara pemimpin dan rakyat jugalah yang membantu menjadikan Madinah sebuah bandar membangun dalam segala aspek khususnya keagamaan, ekonomi dan pentadbiran,” titah Tuanku Syed Sirajuddin.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian ketika merasmikan pelancaran sambutan Maal Hijrah 1437H peringkat negeri di Dewan 2020, di sini hari ini.

Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dalam ucapannya berkata umat Islam perlu berpegang kepada semangat hijrah Nabi Muhammad S.A.W jika mahu taraf hidup mereka menjadi lebih baik setanding dengan kaum lain di dunia.

“Rakyat perlu bersedia bergerak ke arah transformasi yang positif melalui peningkatan nilai tambah cara bekerja untuk mencapai kejayaan luar biasa,” katanya.

Pada majlis itu, Raja Perlis berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Perlis 2015 kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan tokoh korporat, Tan Sri Halim Saad, kedua-duanya anak kelahiran Perlis. Masing-masing menerima wang tunai RM10,000, sijil dan plak.

Baginda juga menyampaikan Anugerah Maal Hijrah 2015 kepada tiga penerima iaitu bekas Mufti Perlis, Datuk Juanda Jaya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) Abdul Malik Hussin dan Pengerusi Jawatankuasa Kewangan MAIPs Datuk Abd Rauf Rashid.

Mereka masing-masing menerima wang tunai RM5,000, sijil dan plak.

Anugerah Masjid Terbaik diberikan kepada Masjid Muhammadi, Sungai Adam, Jejawi’ Masjid Al-Raudah, Sungai Batu Pahat dan Masjid Tun Abdul Razak, Repuh. Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM3,000, sijil dan plak. – BERNAMA

Tags: Raja Perlisrakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa penubuhan cawangan parti itu di kawasan majoriti pengundi Melayu membuktikan...

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd