• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sarawak Buat Persiapan Awal Hadapi Pilihan Raya Negeri

oleh Ahmad Albab
22/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman telah mengarahkan polis kontinjen Sarawak melakukan persiapan awal untuk menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

Beliau berkata persiapan itu termasuk logistik dan kewangan manakala pegawai dan anggota dilengkapi dengan ilmu pengetahuan tentang pilihan raya.

“Pegawai dan anggota perlu diberi input dari aspek perundangan dan cara-cara menangani masalah yang dikenal pasti atau yang dihadapi semasa proses pilihan raya diadakan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, hari ini.

Penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semasa yang mempunyai 71 kerusi akan berakhir menjelang Jun tahun depan.

Katanya beliau mengharapkan sifar kejadian yang tidak diingini sepanjang proses pilihan raya negeri kelak.

Dalam konteks ini, Muhammad Sabtu berkata kerjasama yang mantap dan jitu daripada semua pegawai, anggota dan pegawai awam sangat diperlukan.

“Marilah kita bekerja secara berpasukan yang ikhlas dan progresif bagi memacu PDRM ke tahap yang lebih cemerlang, khususnya di negeri Sarawak,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata indeks jenayah bagi negeri Sarawak pada keseluruhannya menurun sebanyak 915 kes atau 13.45 peratus bagi tempoh Januari hingga 19 Okt lepas berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya, jenayah kekerasan mencatat penurunan sebanyak 116 atau 14.83 peratus sementara jenayah harta-benda menurun sebanyak 799 kes atau 13.27 peratus.

Beliau berharap prestasi itu akan berterusan hingga ke hujung tahun ini. – BERNAMA

Tags: Pilihan Rayapolissarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

20/06/2026
0

MUAR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengingatkan ahli politik supaya tidak memberi janji-janji kosong kepada rakyat Johor. Baginda...

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

16/06/2026
0

KUCHING – Kehadiran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dalam kempen pilihan raya di Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd