Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Industri Dan Penyelidik Bina...

KUALA LUMPUR - Industri tempatan perlu lebih terbuka untuk berkongsi perkembangan semasa dan...

1Masjid 1Polis Diperluas Ke...

PROGRAM 1Masjid 1Polis (1M1P) akan diperluas ke seluruh negara Mac ini dalam usaha...

PAS Kritik Mahathir Mahu...

KUALA LUMPUR - Kejayaan sistem pendidikan sesebuah negara adalah berdasarkan penggunaan bahasa ibunda...

Vell Paarfi Setiausaha Agung...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri S. Vell Paari hari ini dilantik sebagai Setiausaha...

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Dalam Buku

KUALA LUMPUR – Polis mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu ke luar negara yang disorok dalam sebuah buku agama melalui satu serbuan di Selangor di sini, malam semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata tindakan licik menyorok dadah dalam buku itu merupakan modus operandi terbaru sindiket dadah dengan tujuan mengelirukan pihak polis daripada mengesan bahan terlarang berkenaan.

Dalam operasi 8 malam itu, beliau berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman (JSJN) bersama Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) merampas dadah syabu seberat 260 gram bernilai RM100,000 yang disorok dalam sebuah buku agama selepas menerima maklumat mengenai satu bungkusan yang mencurigakan untuk penghantaran ke Australia melalui syarikat perkhidmatan kurier antarabangsa.

“Polis menemukan bungkusan dadah yang dibalut kertas timah diletakkan dalam sebuah buku agama yang ditebuk empat segi di bahagian tengahnya.

“Terdapat tiga buah buku yang diletakkan dalam bungkusan kurier berkenaan dan hanya sebuah buku mengandungi dadah itu,” katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada tangkapan dibuat dan polis masih meneruskan siasatan bagi mengesan individu yang terlibat.

Sementara itu, Mohd Mokhtar berkata polis melumpuhkan sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah yang didalangi empat suspek warga asing melalui tiga serbuan berasingan di sekitar Puchong, semalam.


Beliau berkata dalam operasi yang bermula 10.30 pagi hingga 1.30 tengah hari itu, polis merampas dadah jenis syabu seberat 7.9 kilogram dianggarkan bernilai RM1.9 juta dipercayai untuk dipasarkan ke Indonesia.

“Dalam tiga serbuan berkenaan, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita Nigeria serta seorang lelaki warga Indonesia selain turut menyita wang bernilai RM42,000.

“Kesemua empat suspek yang berusia dalam lingkungan 22 hingga 35 tahun itu direman sehingga 16 Okt ini mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk siasatan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Mokhtar turut berkongsi kejayaan JSJN menangkap 142,086 individu yang terlibat dalam kes dadah dari 1 Jan sehingga 7 Okt tahun ini.

“Melalui tangkapan itu, seramai 5,453 warga asing diberkas dan nilai keseluruhan rampasan dadah hampir RM214,000,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori