Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Surat Kontrak RM10 Juta...

JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis, Dr. Chong Fat Full...

JDT Semakin Hampir Pertahan...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) mencerahkan peluang mengekalkan kejuaraan...

Sedih.. Lagi Gambar Anak...

Aduh, sedang orang ramai masih kecoh memperkatakan tentang gadis bertudung melakukan maksiat pada...

Pasukan Khas Siasat ‘Sultan...

Melaka - Polis Melaka menubuhkan pasukan siasatan khas mengenai seorang lelaki yang mengaku...

Pemuda Maut Ditembak Di Rumahnya Di Kinabatangan

KINABATANGAN – Seorang lelaki maut ditembak dari arah belakang ketika berehat di bawah rumahnya di Kampung Usaha Jaya Batu 3 Jalan Pengkalan dekat sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata terdapat satu kesan tembakan di bahagian tengah dada mangsa yang berusia 29 tahun dan kejadian itu disedari ibunya.

Katanya dalam kejadian 5.43 petang semalam mangsa dan ibunya berada di rumah lama yang terletak di belakang rumah baharu keluarga itu.

“Siasatan awal polis mendapati kawasan rumah lama tersebut di kelilingi pokok kelapa sawit dan semak samun,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata sebelum kejadian itu, mangsa sedang berehat di bawah rumah manakala ibunya berada di hadapan rumah.

Katanya tidak lama kemudian, ibu mangsa terdengar bunyi satu das tembakan dilepaskan dari arah belakang rumah.


A. Sahak berkata ibu mangsa terus bergegas ke tempat mangsa dan mendapati tangan kiri anaknya berdarah, katanya.

Beliau berkata dengan bantuan penduduk kampung, mangsa dikejarkan ke Hospital Kinabatangan dan disahkan sudah meninggal dunia.

A. Sahak berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan belum ada sebarang tangkapan dilakukan.

Beliau berkata siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti motif pemuda itu ditembak. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori