• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Palangkaraya Dan Jambi Masih Jerebu Berbahaya

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Daerah Palangkaraya di Kalimantan Tengah dan Jambi di Sumatera masih diselimuti jerebu tebal pada tahap berbahaya walaupun bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kedua-dua daerah itu sering naik turun.

Menurut laman sesawang Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), bacaan IPU di Palangkaraya selama tiga jam hari ini iaitu dari 10 pagi hingga 1 tengah hari, menunjukkan penurunan daripada 1,000 kepada tahap sederhana di bawah 100.

Bagaimanapun mulai pukul 2 petang tadi bacaan IPU di situ kembali melonjak kepada tahap berbahaya iaitu 774.

Bacaan IPU di Palangkaraya pernah melebihi 2,000 dan ia telah melumpuhkan semua aktiviti harian dan ribuan masyarakat di situ didakwa mengalami pelbagai jenis penyakit berkaitan pernafasan yang dipercayai berpunca akibat jerebu.

Di Jambi pula bacaan IPU naik turun sekitar 500-600 iaitu bacaan pada tahap berbahaya dan keadaan jerebu di daerah itu masih belum pulih sejak dua bulan lepas akibat kebakaran tanah gambut.

Kerajaan Indonesia dikatakan telah mengerahkan beribu anggota tentera menjalankan kerja memadam kebakaran hutan dan ladang serta membasahkan tanah gambut yang didapati sentiasa mengeluarkan asap kerana mengalami kebakaran sedalam kira-kira tiga meter di bawah tanah. – BERNAMA

Tags: Jerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd