• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khidmat Pasukan Pemadam Lebih Efektif Dari Pesawat – Bomba

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berpendapat khidmat pasukan pemadam kebakaran lebih efektif dalam usaha mempercepatkan pemadaman kebakaran hutan di Indonesia.

Ketua Pengarahnya Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim berkata kaedah pemadaman menggunakan pesawat dilihat kurang berkesan kerana kebakaran itu melibatkan tanah gambut.

“Saya sentiasa beritahu anggota kami untuk bersiap-sedia kalau khidmat mereka diperlukan bagi memadam kebakaran itu tetapi nampaknya Indonesia lebih berminat guna pesawat.

“Tetapi kita berpandangan kalau betul-betul nak padam kebakaran dengan segera, jalan terbaik adalah menghantar pasukan pemadam sebab kebakaran gambut ini agak sukar dikawal kalau menggunakan pesawat kerana ia sekadar semburan air dari atas.”

Beliau berkata demikian pada sidang media di majlis pembukaan Pusat Kawalan Kebakaran dan Kecemasan serta Gudang Simpanan Bahan Buangan Berjadual Kualiti Alam di Sendayan dekat sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Datuk Halimah Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kualiti Alam Sdn. Bhd., Khalid Bahsoon.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Wan Mohd Nor berkata Pusat Kawalan Kebakaran Kualiti Alam terletak di lokasi yang strategik kerana berdekatan kawasan perindustrian dan perumahan di Sendayan.

“Ini akan dapat mempercepatkan masa bertindak anggota ke lokasi kecemasan sama ada di Pusat Kawalan Kualiti Alam atau kawasan berhampiran,” katanya.

Pusat ini yang mula beroperasi bulan lepas mempunyai anggota terlatih dalam pemadaman kebakaran dan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) serta mempunyai tiga kenderaan termasuk satu untuk Hazmat.

Sementara itu, Khalid berkata Pusat Kawalan Kebakaran dan Kecemasan itu mampu bertindak cepat terhadap sebarang kejadian di Pusat Pengurusan Bahan Buangan Kualiti Alam di Sendayan dan kawasan sekitarnya.

“Pusat ini adalah tindakan proaktif kami untuk meningkatkan kesihatan dan keselamatan serta mengurangkan jumlah kejadian tidak diingini.

“Pasukan kami berkemampun menangani sebarang kecemasan di Kualiti Alam dan pasukan bantuan kecemasan ini mampu melakukan misi menyelamat untuk kakitangan kami serta kawasan perindustian dan perumahan berdekatan,” katanya.

Kualiti Alam mempunyai kepakaran dalam pengurusan sisa berbahaya yang melibakan rawatan dan pelupusan. – BERNAMA

Tags: BombaIndonesiaKebakaran hutanpesawat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd