• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Perjelas 1MDB Kepada Pemimpin Perniagaan AS – Salleh

oleh AK-47
08/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dakwaan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak enggan mengulas atau memberi penerangan tentang isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada pemimpin perniagaan AS adalah tidak benar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Beliau berkata Najib mengadakan pertemuan dengan mereka semasa lawatannya ke Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

“Semasa jamuan tengah hari dengan ahli perniagaan sehari sebelumnya, Najib menyentuh tentang kelemahan model perniagaan 1MDB yang disifatkan beliau terlalu idealistik.

“Najib jelaskan bahawa hanya RM1 bilion dilabur bagi melaksanakan pembangunan hartanah dan RM18 bilion bagi membeli loji jana kuasa, menyebabkan syarikat menanggung hutang pembiayaan yang besar,” katanya menerusi catatan terbaharu dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.my, di sini hari ini.

Najib turut memberitahu tetamu yang beliau yakin syarikat akan dapat melaksanakan proses rasionalisasi dengan pengurangan hutang besar-besaran, menjelang hujung tahun ini, kata Salleh.

Katanya Najib juga memaklumkan kepada pemimpin perniagaan bahawa dalam tempoh beberapa hari lagi akan diumumkan pengurangan hutang 1MDB yang signifikan kepada RM16 bilion.

Namun, semua ini tidak dilapor oleh portal berita tempatan yang nampaknya mengelak untuk menyiarkan sebarang berita baik berhubung 1MDB, katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Memasuki beberapa hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa isu utama mula mendominasi ceramah dan kenyataan...

Tak Salah Lontar Semula Isu Najib, Rakyat Tolak Najib 2018  – Sheikh Umar

Tak Salah Lontar Semula Isu Najib, Rakyat Tolak Najib 2018 – Sheikh Umar

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mempertahankan Pakatan Harapan (PH) membangkitkan semula isu Najib dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd