• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOSTI Galak Penyelidikan Dalam Bidang Pengurusan Kesihatan

oleh Ahmad Albab
16/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menggalakkan lebih banyak penyelidikan untuk menghasilkan produk atau teknologi dalam bidang pengurusan kesihatan sebagai usaha meningkatkan kualiti dan penyampaian sistem kesihatan di negara ini.

Timbalan Menterinya Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkata usaha itu perlu diberi penekanan di peringkat universiti atau institusi pengajian tinggi dengan sokongan pihak industri sekali gus memberi impak positif kepada negara.

Beliau berkata produk atau hasil penyelidikan itu kemudian boleh dikomersilkan untuk manfaat semua pihak termasuk pesakit.

“MOSTI menyediakan pelbagai peruntukan bagi membantu penyelidik menghasikan teknologi atau produk dalam industri kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Hospital Pantai Ayer Keroh di sini, Jumaat.

UTeM diwakili Naib Canselornya Prof Datuk Dr. Shahrin Sahib dan Hospital Pantai Ayer Keroh oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Michael E.C Wong yang turut dihadiri Pengerusi Hospital Pantai, Datuk Khairil Anuar Abdullah.

Abu Bakar berkata kerjasama itu diharap menjadi perintis kepada universiti lain dan industri perubatan untuk berganding bahu menyediakan sistem pengurusan yang cekap dan berkualiti.

Beliau berkata kerjasama antara kedua-dua pihak berkenaan, yang melibatkan pemindahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kejuruteraan dalam bidang perubatan, dapat dipertingkatkan menerusi hasil penyelidikan berimpak tinggi.

Sementara itu, Shahrin berkata MoU melibatkan kerjasama melalui perisian dikenali sebagai ‘Smart Ward’ itu membantu Hospital Pantai menyediakan sistem pengurusan kesihatan pesakit yang lebih cekap dan dinamik.

“Ini adalah pencapaian terbaharu bagi UTeM untuk terus menjalin hubungan dengan industri terutama dalam bidang perubatan atau kesihatan yang memberi manfaat kepada warga UTeM,” katanya.

Khairil Anuar pula berkata penggunaan perisian berkenaan memudahkan pesakit untuk mendaftar dan keluar daripada hospital tersebut melalui satu sistem yang mudah.

Beliau berkata penggunaan tersebut akan diperluaskan di semua rangkaian Hospital Pantai dan Hospital Gleneagles di seluruh dunia secara berperingkat. – BERNAMA

Tags: kesihatanMostiSains
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden memaklumkan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin kini menunjukkan...

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd