• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Lahir Rasa Syukur Atas Keputusan Mahkamah Persekutuan

oleh Ahmad Albab
09/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan amat bersyukur berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa Mahkamah Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa mengisytiharkan peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah Undang-Undang Negeri Sembilan sebagai tidak berperlembagaan.

“Semoga keputusan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan itu akan menjadi panduan kepada semua rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama, dan sedar betapa pentingnya keutuhan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing perlu dihormati,” katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau mengulas berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini, bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan, sebelum ini.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif berkata ia kerana tiga transgender telah menggunakan prosedur perundangan yang salah untuk memulakan tindakan mereka.

Justeru, mahkamah memutuskan permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh tiga pak andam itu, Muhamad Juzaili Mohd Khamis, 28, Shukor Jani, 29, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, selaku responden, untuk mencabar keesahan Seksyen 66 enakmen tersebut tidak sesuai kerana gagal mematuhi kaedah prosedur.

Mengikut Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, lelaki berlagak seperti perempuan dan memakai pakaian perempuan di tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan, atau kedua-dua sekali.

Pada 7 Nov 2014, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan transgender itu dan memutuskan Seksyen 66 adalah tidak sah selepas Mahkamah Tinggi Seremban pada 11 Okt 2012, menolak permohonan semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang itu yang menghalang mereka berpakaian seperti wanita. – mStar Online

Tags: mahkamahMohamad Hasantransgender
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd