• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tolak Saman Sepahtu Terhadap NSTP

oleh AK-47
26/10/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan pelawak Sepahtu hari ini gagal dalam saman mereka terhadap kumpulan akhbar The New Straits Time Press (NSTP)(M) Berhad berhubung penerbitan satu artikel yang mendakwa seorang daripada anggota kumpulan itu mengamuk kerana tidak terpilih sebagai juara program realiti Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014).

Hakim Mahkamah Sesyen Sivil, Datuk Anita Harun menolak saman yang dikemukakan anggota kumpulan Sepahtu, Mohd Nadzri Zainal Abidin dan Shahmira Muhamad selaku plaintif, dalam kamarnya hari ini.

Prosiding itu dihadiri peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili kumpulan pelawak itu, manakala peguam She Yi Ooi mewakili syarikat penerbitan berkenaan selaku defendan.

Aizul Rohan ketika ditemui pemberita berkata tuntutan saman anak guamnya ditolak selepas mahkamah berpendapat artikel yang disiarkan oleh akhbar Harian Metro itu tidak memalukan plaintif.

Peguam itu berkata pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan hari ini di Mahkamah Tinggi pada Isnin ini.

Pada 18 Mei lepas, Mohd Nadzri, 30, atau lebih dikenali sebagai Jep dan Shahmira, 31, yang lebih dikenali sebagai Shuaib memfailkan saman itu selepas mendakwa artikel bertajuk ‘Jep mengamuk Sepahtu Kalah’, yang disiarkan melalui ruangan Cik Pang dalam akhbar Metro Ahad pada 15 Feb lepas mengandungi kenyataan-kenyataan fitnah dan berniat jahat terhadap mereka.

Mereka mendakwa artikel yang menyatakan bahawa Jep mengamuk di belakang pentas dengan memaki dan mengugut untuk mendapatkan orang yang bertanggungjawab menjatuhkan Sepahtu sehingga tewas dalam MLM2014 adalah satu fitnah.

Kedua-dua plaintif mendakwa artikel itu antara lain membawa maksud bahawa mereka mempercayai ilmu hitam dan bomoh, tidak mempunyai semangat bersaing yang sihat, bersikap tidak matang dan tidak profesional.

Jep dan Shuaib juga mendakwa artikel yang disebar luas di media sosial memberi impak negatif terhadap mereka dan menjatuhkan populariti mereka dalam kalangan masyarakat serta artis tempatan.

Oleh itu, mereka memohon deklarasi bahawa kenyataan libel yang disiarkan defendan adalah fitnah selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau, kos serta dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam pernyataan pembelaan NSTP yang difailkan pada Julai lalu, defendan menafikan perkataan-perkataan dalam artikel itu mengandungi unsur fitnah.

Syarikat penerbitan itu mendakwa telah secara jujur tanpa niat jahat dan berdasarkan prinsip kewartawanan bertanggungjawab telah melaporkan secara langsung keadaan dan aksi semasa MLM 2014. – BERNAMA

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd