• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

M40 Nikmati Penjimatan Cukai Sehingga RM600 Setahun

oleh Ahmad Albab
26/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Sebilangan besar pembayar cukai termasuk mereka yang berada dalam kelompok M40 tidak layak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), tetapi akan menikmati penjimatan cukai antara RM400 hingga RM600 setahun.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata penjimatan tersebut dapat dinikmati berikutan peningkatan dalam jumlah pelepasan cukai serta kewujudan kelayakan pelepasan cukai yang baharu.

“Walaupun yang bergaji RM4,000 ke atas tidak layak dapat BR1M tapi kalau mereka pembayar cukai dengan ‘relief’ (pelepasan) yang dinaikkan untuk (pembiayaaan) isteri dan anak maka mereka akan jimat sehingga RM600 setahun,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Taklimat Bajet 2016 anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri di sini, hari ini.

M40 merujuk kepada kelompok pertengahan 40 peratus isi rumah yang berpendapatan antara RM3,860 hingga RM8,319.

Semasa membentangkan Bajet 2016 pada Jumaat lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata definisi M40 akan diperincikan dari masa ke masa.

Johari berkata penjimatan tersebut akan dinikmati oleh pembayar cukai apabila mereka mengisi borang taksiran cukai tahun 2016 nanti.

Beliau berkata langkah itu akan menambah jumlah pendapatan boleh guna para pembayar cukai berkenaan dan seterusnya membantu mereka menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika pembentangan Bajet turut menggariskan beberapa langkah untuk menambah pendapatan boleh guna M40 termasuk menaikkan had pelepasan cukai kepada RM2,000 daripada RM1,000 bagi setiap anak berumur 18 tahun mulai tahun taksiran 2016.

Selain itu, had pelepasan cukai juga dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM4,000 bagi pembayar cukai individu yang pasangannya tidak mempunyai pendapatan.

Kerajaan turut memperkenalkan had pelepasan cukai baharu masing-masing sebanyak RM1,500 untuk ibu dan bapa bagi meringankan kos saraan anak menyara ibu bapa.

Dalam perkembangan berkaitan, Johari berkata kejatuhan harga minyak dunia menyebabkan negara kehilangan sumber pendapatan sebanyak RM20 bilion tahun ini.

“Bayangkan…pada tahun 2014 keuntungan hasil petroleum termasuk cukai, royalti dan dividen jumlahnya lebih kurang RM65 bilion, tetapi pada 2015 ia jatuh kepada RM43 bilion jadi di situ bezanya lebih RM20 bilion,” jelas Johari.

Lebih membimbangkan, katanya, harga bahan bakar tersebut dijangka akan terus menjunam sehingga menyebabkan keuntungan negara berkurang sehingga RM30 bilion, pada 2016.

Johari berkata walaupun amat terkesan dengan penyusutan harga bahan bakar, namun langkah kerajaan melakukan rasionalisasi subsidi dan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) telah membolehkan kerajaan menampung kejatuhan itu. – BERNAMA

Tags: BR1MCukaiM40
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd