SISTEM lebuh raya di Malaysia yang meliputi jarak 2,000.58 kilometer (KM) ketika ini, diiktiraf sebagai antara yang terbaik di Asia, selepas Jepun dan China.
Panarafan yang melonjak kegemilangan Malaysia, sekali gus memacu sektor penjana ekonomi seperti peancongan, pendidikan dan hartanah itu, antara lain menggamit sejarah tersendiri.
Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa Lebuhraya Perseketuan yang menghubungkan Pelabuhan Klang dan Kuala Lumpur adalah lebuh raya yang pertama dibina di negara ini.
Rekod pengguna harian.
Malah, projek yang dibiayai Bank pada 1974 itu, kini mencatatkan rekod pengguna harian paling tinggi iaitu lebih 30,000 kenderaan pada waktu kemuncak.
Sejarah Lebuhraya Persekutuan sajuah 45km, bermula sejak pemisahan Singapura dari Malaysia yang menyebabkan kerajaan menjadikan Port Swettenham (kini pelabuhan Klang) sebagai pelabuhan utama negara menggantikan Pelabuhan Singapura.
Kini, komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti kemudahan asas, terutama jalan di negara ini yang menjadi penghubung 11 negeri dan dua wilayah Perseketuan di Semenanjung, selain Sabah serta Sarawak terus menjadi keutamaan.
Menerusi Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11), empat lebuh raya diberi keutamaan untuk disiapkan iaitu Lebuhraya Pan Borneo, Central Spine Road, Lebuhraya Kota Bharu Kuala Krai dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barai (WCE). – Berita Harian


