• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Naik Taraf Jalan Telok Melano-Miri Dijangka Siap Tahun 2020

oleh Ahmad Albab
23/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerja menaik taraf jalan satu lorong sedia ada sepanjang 1,090 km dari Telok Melano ke Miri bagi Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak kepada jalan dua lorong dijangka siap menjelang 2020.

Pembinaan itu dijangka menelan belanja RM16.1 bilion, demikian menurut Laporan Ekonomi 2015/2016.

Lebuhraya Pan Borneo
Projek pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo sepanjang 1,663km yang merentasi Sarawak ke Sabah.

Projek itu merupakan sebahagian daripada projek pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo sepanjang 1,663km yang merentasi Sarawak ke Sabah, yang dilancarkan pada Mac 2015.

Menurut laporan itu, sehingga Ogos 2015, projek dari Simpang Nyabau ke Simpang Bakun di Teluk Melano sedang dibina dengan perbelanjaan RM58.6 juta.

Di samping itu, kerajaan akan terus melaksanakan Program Penyeragaman Harga barangan keperluan asas antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan kos sara hidup penduduk di luar bandar dan pendalaman.

Menurut laporan itu, pelbagai inisiatif diperkenalkan termasuk subsidi pengangkutan, Program 1Malaysia 1Harga dan Mobile Kedai Rakyat 1Malaysia.

“Sehingga Julai 2015, sebanyak RM 38.6 juta dibelanjakan untuk negeri Sarawak bagi melaksanakan progam ini. Kerajaan juga telah membina 30 kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh Sarawak,” kata laporan itu. – BERNAMA

Tags: Lebuhraya Pan Borneo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pan Borneo Sarawak Fasa 1 Buka Sepenuhnya Suku Kedua Tahun Ini

Pan Borneo Sarawak Fasa 1 Buka Sepenuhnya Suku Kedua Tahun Ini

09/04/2024
34

KUCHING - Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak fasa satu bakal dibuka sepenuhnya pada suku kedua tahun ini. IKUTI CHANNEL...

Tiga Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah Siap Hujung Tahun Ini

Tiga Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah Siap Hujung Tahun Ini

26/09/2022
0

PAPAR - Tiga daripada 35 pakej fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd