• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Cam Rangka Ditemui Adalah Juvina

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Anggota keluarga Juvina David, 7, mengecam bahawa rangka yang ditemui di Sungai Perias, Pos Tohoi semalam adalah milik kanak-kanak itu.

Bapanya David Kuasam, 32, berkata isterinya Shela Omar, 26, mengecam rangka berkenaan berdasarkan rantai leher manik dan getah ikat rambut pada pergelangan tangan rangka berkenaan.

“Selepas penemuan rangka pada sebelah pagi, isteri saya dipanggil ke Pusat Operasi SAR di SK Tohoi untuk membuat pengecaman dan dia cakap kemungkinan besar rangka yang ditemui semalam itu adalah anak kami berdasarkan rantai leher dan gelang getah itu.

“Isteri saya masih mengecam kedua-dua barangan berkenaan, bagaimanapun dia tak dapat kenal pasti pakaian yang dijumpai berdekatan rangka itu kerana telah berubah warnanya,” katanya ketika ditemui di Hospital Gua Musang untuk menjalani ujian DNA hari ini.

Rangka tersebut ditemui kira-kira 10 meter dari lokasi dua mangsa dijumpai selamat bersama satu mayat pada Jumaat.

David bagaimanapun berkata mereka akan menunggu keputusan ujian DNA yang dijalankan untuk pengesahan anaknya.

Sementara itu Rosli Alik, 31, bapa kepada Linda, 8, berkata keluarganya tidak mahu membuat sebarang andaian tentang nasib anaknya yang masih hilang dan akan menunggu sehingga keputusan DNA dikeluarkan.

“Kita tak tahu rangka itu milik kanak-kanak mana. Kami hanya akan berpuas hati selepas keputusan DNA dikeluarkan,” katanya.

Juvina dan Linda adalah antara tujuh murid Orang Asli dari SK Tohoi yang melarikan diri dari asrama sekolah mereka pada 23 Ogos lepas. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]joCabcv5YbQ[/wpdevart_youtube]

Tags: Orang Asli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

08/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Lebih 20,000 masyarakat Orang Asli yang mendiami 60 kampung di negeri ini merupakan sebahagian daripada keluarga besar...

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd