• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Anugerah Kampung Boy’ Iktiraf Kartunis Tanah Air

oleh AK-47
09/10/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kelab Kartunis Malaysia (KKM) akan menganjurkan satu majlis penganugerahan khas ‘Anugerah Kampung Boy 2015’ bagi menghargai dan mengiktiraf para kartunis tanah air.

Penganugerahan tersebut bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan dijadualkan berlangsung pada 12 Oktober 2015, jam 8.00 malamdi Dewan Serbaguna, Menara Seri Wilayah, Presint 2, Putrajaya.

‘Anugerah Kampung Boy 2015’ dinamakan sempena watuk kartun terkenal nukilan kartunis tersohor negara, Datuk Lat atau Datuk Mohammad Nor Khalid.

kampung-boy

Datuk Lat yang telah berkecimpung dalam arena seni lukis kartun tanah air sejak setengah abad yang lalu turut dikenali sebagai tokoh kartunis yang memperjuangkan seni lukis kartun Malaysia dan mempunyai pengaruh tersendiri dalam melahirkan pelapis kartunis di negara ini.

Selain itu, majlis anugerah yang julung kali diadakan ini bertujuan menyampaikan penghargaan dan pengiktirafan kepada para kartunis tanah air yang sejak berdekad lama telah menjadi medium pengantara kepada masyarakat sebagai penghibur, pencerita, pengkritik sosial dan penyampai maklumat.

Kini sudah tiba masanya bakat, kegigihan dan perjuangan mereka dalam memartabatkan seni lukis kartun yang beridentitikan Malaysia diberi pengiktirafan tertinggi, setaraf dengan cabang seni lain di negara ini.

Seramai lapan kartunis ternama tanah air bakal diberikan anugerah mengikut kategori masing-masing, selepas dipilih oleh juri yang mewakili KKM dalam membuat pemilihan.

Lapan kategori tersebut ialah; Anugerah Kartunis Muda Berbakat, Anugerah Watak Kartun Animasi, Anugerah Kartunis Editorial, Anugerah Kartunis Malaysiana, Anugerah Kartunis Terbaik, Anugerah Kartunis Lagenda, Anugerah Juri dan Anugerah Perdana Kampung Boy 2015. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ieamyrul Haziq Ahmad Ehsan

https://www.youtube.com/watch?v=tFiTQNtFGF4

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 15,000 Umat Islam Hadir Malam Melaka Berselawat

Lebih 15,000 Umat Islam Hadir Malam Melaka Berselawat

30/08/2026
0

MELAKA – Lebih 15,000 umat Islam membanjiri Dataran 1Malaysia, Klebang bagi menjayakan program Malam Melaka Berselawat yang dipimpin pendakwah terkenal...

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

30/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli parti itu supaya tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd