SINGAPURA – Keadaan masih berjerebu di Singapura meskipun hujan lebat turun pada awal pagi, hari ini.
Setakat 9 pagi, bacaan Indeks Standard Pencemaran (PSI) ialah pada paras tidak sihat iaitu antara 116 dan 141.
PSI dalam tempoh tiga jam adalah 83, demikian menurut Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA).
NEA meramalkan tiupan angin lemah dari arah timur atau tenggara dengan jangkaan keadaan berjerebu.
Hujan dan gemuruh diramalkan berlaku pada sebelah petang.
Agensi berkenaan turut meramalkan ketampakan rendah terutamanya pada sebelah pagi dan beransur pulih di kawasan yang dilanda jerebu. – BERNAMA

