• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: Semua Sekolah Kecuali Di Langkawi Buka Esok

oleh AK-47
07/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Semua sekolah di seluruh negara dibuka seperti biasa esok kecuali di Langkawi yang masih mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata penutupan itu melibatkan 28 sekolah dengan 18,759 pelajar di daerah itu.

“Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi hendaklah memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di daerah itu mengenai penutupan sekolah dengan kadar segera,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pendidikan Negeri di sini, hari ini.

Mahdzir juga meminta semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pengurusan sekolah di seluruh negara supaya memantau bacaan IPU secara berterusan.

Jika berlaku peningkatan ke tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat, katanya pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing seperti ditetapkan Kementerian Pendidikan.

Setakat 4 petang tadi, Langkawi mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 161 dalam kategori tidak sihat.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). – BERNAMA

Tags: Jerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd