• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu Semakin Pulih, Majoriti Kawasan Catat IPU Sihat

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan jerebu di seluruh negara semakin pulih dengan majoriti kawasan mencatatkan kualiti udara sihat dan sederhana setakat 1.00 tengah hari ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, sebanyak 26 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sihat, manakala 25 kawasan lagi merekodkan tahap IPU sederhana.

Antara kawasan merekodkan IPU sederhana ialah Pelabuhan Klang (81); Shah Alam (77); Pasir Gudang, Petaling Jaya dan Putrajaya (masing-masing 67); Larkin Lama dan Banting (masing-masing 66); Bukit Rambai (63); Nilai dan Port Dickson (masing-masing 62) serta Batu Muda dan Cheras (masing-masing 60).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

Tags: Jerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd