• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: Pesawat APMM Lakukan 13 Pengeboman Air Di Sumatera

oleh Ahmad Albab
14/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pesawat Bombardier CL 415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang terlibat dalam misi memadam kebakaran di Sumatera Selatan, Indonesia melakukan 13 pengeboman air di kawasan terjejas pada hari kedua operasi semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Che Hassan Jusoh berkata misi pada Isnin itu melibatkan isi padu air yang mencapai 78,000 liter.

Operasi yang memakan masa selama empat jam 40 minit itu dilakukan di kawasan seluas 20 kilometer persegi yang terletak di 80 batu nautika ke Tenggara Palembang, katanya.

“Dengan jarak penglihatan yang amat terhad iaitu hanya satu kilometer, ia memberi cabaran kepada juruterbang dan kru pesawat untuk memastikan tugas memadam api di kawasan terbabit dapat diteruskan dengan lancar dan berkesan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

3299923050_e5889d5bc6
Helikopter AS 365 N3 Dauphin

Jumaat lepas, selain pesawat bombardier, APMM juga menghantar sebuah helikopter AS 365 N3 Dauphin bersama 29 pegawai APMM bagi operasi memadamkan kebakaran di Indonesia yang menyebabkan masalah jerebu berpanjangan sehingga melanda negara jiran termasuk Malaysia sejak dua bulan lepas.

Pada hari pertama penugasan Ahad lepas, pesawat bombardier itu melakukan masing-masing 10 kali menyedut air dan pengeboman air dalam tempoh empat jam penugasan. – BERNAMA

Tags: APMMIndonesiaJerebuKebakaran hutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd