• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: Malaysia Tak Akan Beri Tekanan Kepada Indonesia

oleh Ahmad Albab
22/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak akan mengenakan sebarang bentuk tekanan kepada Indonesia untuk menangani gejala jerebu rentas sempadan yang berpunca dari republik itu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata langkah sedemikian adalah tidak adil kepada Indonesia yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi kebakaran tanah gambut yang berlaku.

“Adalah tidak adil untuk mengenakan sebarang tekanan kepada Indonesia. Presiden Joko Widodo juga telah memperlihatkan komitmen tinggi untuk menyelesaikan masalah ini secara jangka panjang,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya yang pertama di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut menggesa semua pihak yang menerima kesan daripada masalah jerebu ini supaya jangan terus menuding jari menyalahkan satu sama lain.

Katanya sebaliknya semua negara ASEAN harus bekerjasama untuk membantu Indonesia mencari jalan penyelesaian jangka panjang kepada masalah itu.

“Kita juga harus bersimpati dengan Indonesia dalam mengatasi masalah ini. Jangan mengkritik mereka sahaja.

“Pada masa yang sama, saya juga harap tiada pihak di Indonesia yang salahkan pelabur Malaysia yang membuka ladang sawit di sana sebagai punca kebakaran,” katanya.

Ahmad Zahid berkata Malaysia juga bersedia untuk berkongsi amalan terbaik penanaman kelapa sawit kepada Indonesia dalam usaha mengurangkan kebakaran dan mengatasinya di masa akan datang.

“Secara peribadi, saya telah cadangkan kepada Presiden Indonesia (Joko Widodo) mengenai amalan terbaik penanaman ladang besar Malaysia yang beroperasi di sana,” katanya.

Mengambil contoh sistem yang digunakan TH Plantation di Riau, katanya selang setiap dua baris pokok sawit akan dibina sebuah perparitan yang berfungsi menyalurkan air untuk tanaman dan mengatasi kebakaran daripada merebak jika ia berlaku.

Katanya, bagaimanapun ia terpulang kepada kerajaan Indonesia untuk memperkenal sistem penanaman sawit yang terbaik kerana ia memerlukan kos tinggi dan kerjasama daripada peladang kecil.

Menurut kajian Jabatan Alam Sekitar, 97 peratus pembakaran tanah gambut berpunca daripada peladang kecil sawit yang masih menggunakan cara tradisional untuk penanaman mereka. – BERNAMA

Tags: IndonesiaJerebuZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd