• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: JAKIM Saran Solat Hajat Di Seluruh Negara

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyarankan semua masjid dan surau seluruh negara mengadakan solat Hajat bagi mendoakan masalah jerebu yang melanda negara tidak berpanjangan.

Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan hari ini menyarankan pelaksanaan solat Hajat itu diadakan selepas solat Jumaat, esok.

“JAKIM mengambil inisiatif melalui Masjid-masjid utama JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta seluruh masjid dan surau di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk melaksanakan solat Hajat yang akan diadakan pada 9 Okt, selepas solat Jumaat,” katanya.

Beliau turut meminta kerjasama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di seluruh negara turut sama mengadakan Solat Hajat pada tarikh dan masa yang dinyatakan di seluruh masjid dan surau di bawah seliaan agensi masing-masing.

Othman juga menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menjaga kesihatan, mengehadkan aktiviti di luar rumah dan mengambil langkah bejaga-jaga dengan memakai penutup hidung semasa berada di kawasan terbuka.

“Marilah kita semua terus berdoa agar negara Malaysia sentiasa kekal aman, makmur dan sejahtera,” katanya. – BERNAMA

Tags: JakimJerebu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ telah diadakan bersama Timbalan Menteri di Jabatan...

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd