• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: Indonesia Akhirnya Setuju Terima Bantuan Luar

oleh
10/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA - Indonesia akhirnya bersetuju menerima bantuan antarabangsa dalam usaha memadamkan kebakaran hutan dan tanah ladang yang menyebabkan beberapa negara di Asia Tenggara diselubungi jerebu.

Sebelum ini media tempatan melaporkan, republik tersebut berkeras menyatakan bahawa masalah berkenaan mahu ditanganinya sendiri, namun kesan yang berlaku selepas itu adalah sebaliknya malah jauh lebih teruk lagi.

Situasi berkenaan menyebabkan beberapa negara jiran iaitu Malaysia, Singapura dan terkini, Thailand mengalami pencemaran udara terburuk yang memaksa penutupan sesi persekolahan dan acara awam di tempat terbuka.

Bencana tahunan akibat daripada kerja-kerja pembakaran tanah ladang secara haram itu diburukkan lagi dengan impak cuaca global susulan fenomena El Nino yang mencetuskan keadaan panas kering di seluruh Indonesia.

jokojerebu

Baca: Jerebu – Marah Disindir, Indonesia Guna Bahan Kimia Terkuat!

Jakarta telah mengerahkan sekitar 25,000 anggota dan sejumlah pesawat untuk ‘melawan’ kebakaran di wilayah Sumatera Selatan dan Kalimantan yang paling buruk terjejas, tetapi usaha mereka itu jelas masih tidak memadai.

Ketegangan meruncing antara Jakarta dengan tetangganya, termasuk tindakan beberapa rangkaian pasar raya di Singapura menarik balik jualan produk kertas keluaran syarikat dari Indonesia yang didakwanya punca jerebu.

Dalam sebuah mesyuarat Kabinet republik itu di sini pada Rabu, Presiden Joko Widodo yang lebih mesra disebut Jokowi telah mengumumkan kesediaan Indonesia untuk akhirnya menerima bantuan pihak antarabangsa.

JOKOWI-JEREBU

“Telah dipersetujui bahawa kami akan kerjasama dengan beberapa rakan dalam usaha mengekang kebakaran hutan. Kami bekerja dengan beberapa negara,” kata juruckap Kementerian Luar, Armanatha Nasir kepada AFP.

Tambahnya, negara-negara yang mungkin boleh terlibat untuk membantu Indonesia dalam menangani masalah jerebu itu ialah Malaysia, Singapura, Rusia, Australia dan China, namun setakat ini ia belum lagi dimuktamadkan.

“Kaedah bantuan yang diperlukan ialah seperti bom air dan pembenihan awan memandangkan kawasan terjejas kali ini adalah jauh lebih luas berbanding tahun-tahun sebelumnya,” ujarnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IndonesiaJerebuJokowi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd