• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Malaysia: JDT Puji Penyokong Sarawak

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) memuji layanan penyokong Sarawak terutama kumpulan Ultras GB13 sewaktu Johor Darul Ta’zim (JDT) bertandang ke Stadium Negeri, Kuching malam tadi.

PBNJ dalam satu kenyataan berkata, persatuan bola sepak itu mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), GB13 dan penyokong Sarawak yang hadir ke stadium malam tadi kerana menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

“Para penyokong mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan inilah apa yang diperlukan dalam dunia bola sepak. Terima kasih Sarawak,” kata kenyataan itu lewat malam tadi.

Perlawanan Piala Malaysia 2015 antara JDT dan Sarawak di Stadium Negeri malam tadi berkesudahan dengan kemenangan yang memihak kepada pasukan pelawat.

JDT menewaskan Sarawak 3-0 untuk menempah tiket ke peringkat suku akhir Piala Malaysia selepas Selangor terlebih dahulu mengesahkan kemaraan sebelum ini.

Perlawanan malam tadi turut menyaksikan aksi menarik para penyokong apabila penyokong Sarawak diketuai Ultras GB13 menaikkan kain rentang dan menyanyikan lagu selamat berjaya kepada JDT yang akan beraksi dalam final Piala AFC 2015, 31 Oktober ini. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]j1-ae43huDU[/wpdevart_youtube]

Tags: JDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd