• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Bakal Jalin Kerjasama Dengan FC Barcelona?

oleh Ahmad Albab
01/10/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan baginda akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Paris Saint-Germain (PSG) F.C., Nasser Al-Khelaïfi dan Presiden FC Barcelona, Josep Maria Bartomeu pada Disember tahun ini.

Tunku Ismail yang juga Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) bertitah baginda akan mengadakan lawatan ke kelab terbabit pada 13 dan 18 Disember 2015.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

“Saya masih ada banyak perancangan untuk dilaksanakan pada masa akan datang yang bertujuan untuk memajukan lagi kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dari segi bola sepak, pembangunan infrastruktur, program pembangunan akar umbi dan juga mengukuhkan lagi dari segi kewangan.

“Saya akan terus membuat kerjasama dengan kelab-kelab luar yang terkenal. Apa yang saya lakukan ini semuanya adalah demi Johor,” titah baginda dalam satu kenyataan seperti disiarkan laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Tunku Ismail dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada pemilik kelab bola sepak terkemuka antarabangsa, Valencia CF kerana banyak memberi ajar kepada baginda mengenai sukan bola sepak selama ini.

Sementara itu, laman Facebook Johor Southern Tigers melaporkan JDT satu-satunya kelab yang berjaya mencapai piawaian ditetapkan oleh Konfiderasi Bolasepak Asia (AFC) untuk mendapat lesen beraksi di Liga Juara-Juara AFC.

Selain itu, kejayaan JDT mara ke separuh akhir Piala AFC mampu meningkatkan kedudukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kalangan anggota ASEAN untuk mendapat tempat 12 negara anggota terbaik bagi menghantar wakil di Liga Juara-Juara AFC.

“Ternyata FAM perlu lebih memberi perhatian kepada kelab kerana 70 peratus kejayaan kelab dalam kejohanan ASEAN memberi kesan kepada kedudukan FAM. Manakala hanya 30 peratus sahaja keputusan pasukan kebangsaan dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) diambil kira,” kata laman Facebook tersebut.

german-formula

Laman Facebook Johor Southern Tigers turut melaporkan Akademi bola sepak JDT yang akan dibina di Kulai, Johor bakal mengambil masa dua tahun untuk disiapkan secara berperingkat.

Antara kemudahan yang akan dibina disitu termasuk 13 buah padang bola sepak, sebuah padang tertutup, sebuah stadium mini dan pelbagai lagi kemudahan yang berkaitan termasuk bangunan pejabat, kafe, pusat perubatan, bilik latihan dan sebagainya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail memaklumkan bola keranjang bakal menjadi projek...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd