Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

SEGERA : Tiga Juruterbang...

SEPANG - Dua juruterbang dan seorang pembantu juruterbang antara sembilan jenazah mangsa nahas...

Tinggalkan Isteri Kerana Jatuh...

SEORANG lelaki di India sanggup meninggalkan isterinya gara-gara mabuk cinta dengan ibu mertuanya...

Inikah Pekerjaan Paling Bahaya?...

NGERI dan mungkin inilah pekerjaan yang paling bahaya di dunia yang dilakukan oleh sekumpulan...

MRU Terima Tajaan Bernilai...

KUALA LUMPUR - Konglomerat infrastruktur dan perkhidmatan berasaskan kejuruteraan terkemuka Malaysia, UEM Group...

JAKOA Sedia Pengangkutan Murid Orang Asli Pulang Ke Kampung

KOTA BHARU – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan menyediakan pengangkutan untuk murid di 94 sekolah kebangsaan Orang Asli yang mempunyai asrama bagi memudahkan mereka pulang ke kampung halaman setiap dua minggu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia antara langkah penambahbaikan Jakoa dalam usaha mengelak kejadian murid Orang Asli pulang ke kampung halaman tanpa pengetahuan guru.

“Ketika ini, terdapat 16,905 murid Orang Asli tinggal di asrama di seluruh negara. Kita kena faham keadaan di kawasan penempatan Orang Asli ini yang berbeza daripada masyarakat biasa. Mereka tinggal dalam kelompok kecil, berselerak dan jauh, justeru hanya ada satu pusat pembelajaran yang mempunyai asrama dibina di satu-satu kawasan.

“Kanak-kanak Orang Asli ini mula tinggal di asrama seawal usia tujuh tahun dan hanya pulang ketika cuti panjang. Jadi mereka mungkin rindu kepada keluarga dan ambil tindakan sendiri pulang ke kampung halaman,” katanya kepada pemberita selepas melawat dua kanak-kanak Orang Asli yang dijumpai selamat selepas hilang selama 48 hari di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jakoa Datuk Hasnan Hassan.

Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Jumaat lepas.

Mereka adalah antara tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi di Gua Musang yang dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lepas kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.


Dua lagi murid, Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia manakala dua rangka turut ditemui tetapi masih belum dikenal pasti. Tiga lagi murid dalam insiden itu adalah Linda Rosli, 8, Haikal Yaakob, 8, dan Juvina David, 7.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata Jakoa akan menanggung kos pembelajaran Miksudiar dan Norieen sehingga ke peringkat pengajian tertinggi.

Beliau turut menyelar tindakan segelintir pihak yang menuduh kerajaan tidak mengambil tindakan serius berhubung kehilangan tujuh murid berkenaan.

“Ini satu tuduhan tidak berasas kerana kita telah mulakan usaha pencarian sejak dari awal kejadian lagi dengan pelbagai agensi keselamatan dan awam diarahkan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat,” katanya. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]T6BUWunzzqY[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • JAKOA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori