• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jakim & Syarikat Korporat Harus Bekerjasama Beri Kefahaman Mengenai Islam

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Kerjasama strategik di antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan syarikat-syarikat korporat harus digembleng bagi memberi kefahaman dan dakwah Islam yang sebenar kepada setiap kelompok masyarakat di negara ini, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Berucap ketika Majlis Pertemuan Rasmi Jakim bersama Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat-syarikat Korporat Malaysia kali ke-2 di sini malam tadi, beliau berkata Islam yang diamalkan di Malaysia adalah bersifat sederhana dan ia harus dikekalkan melalui kefahaman kepada semua kelompok masyarakat yang berbilang agama dalam kerangka ilmu yang benar.

“Malaysia adalah sebuah negara Islam seperti mana dalam definisi perlembagaan negara dan agenda dakwah harus digembleng secara bersama dan bersifat senergi,” katanya.

Beliau menambah usaha dakwah tidak seharusnya hanya di kalangan agensi kerajaan tetapi harus juga melibatkan syarikat swasta supaya kefahaman agama Islam dapat dipertingkatkan kesemua lapisan masyarakat termasuk bukan Islam.

“Kita harus fahamkan kepada mereka bahawa Islam adalah agama yang dinamik bukan bersifat ekstrem, rigid atau kuno tetapi Islam bersifat segar dan memberikan rahmat kepada semua termasuklah yang bukan Islam,” katanya.

Majlis yang dianjurkan oleh Sekretariat Dakwah Korporat Jakim tersebut adalah sebuah program kesinambungan dari program kali pertama yang telah diadakan tahun lepas.

Sekretariat Dakwah Korporat Jakim adalah sebuah Jawatankuasa Pemandu bagi pelaksanaan program dan aktiviti dakwah dalam kalangan sektor korporat di Malaysia. – BERNAMA

Tags: islamJakim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Umat Islam dinasihatkan supaya tidak melihat Yoga semata-mata sebagai aktiviti fizikal kerana amalan berkenaan mempunyai latar belakang...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd