• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Emas Olimpik: Beri Chong Wei Masa Tingkat Prestasi

oleh Ahmad Albab
26/10/2015
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Lee Chong Wei perlu diberikan ruang mengembalikan prestasi cemerlangnya tanpa dibebani dengan harapan memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Rio tahun depan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata walaupun kembali menemui sentuhan juara dengan kejayaan di Terbuka Perancis semalam, jaguh badminton perseorangan negara itu harus diberi masa sebelum sebarang kesimpulan dibuat mengenai peluangnya menghadiahkan pingat kepada negara.

doc6mu4jtgveae7uf6rezn
Chong Wei (kanan) menewaskan pemain Taiwan, Chow Tien Chen (kiri) yang juga pilihan keenam kejohanan.

“Susah nak kata sama ada Chong Wei sudah dapat kembalikan prestasi cemerlangnya tetapi saya yakin kemenangan semalam memberikan satu rangsangan moral cukup penting kepadanya,” katanya mengulas kejayaan Chong Wei menewaskan pemain Taiwan, Chow Tien Chen yang juga pilihan keenam kejohanan itu semalam.

Khairy berkata harapan terhadap Chong Wei perlu dinilai berdasarkan aksi konsisten setiap pertandingan disertainya sebelum Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil terutamanya berhadapan dengan pemain ternama seperti Cheng Long dan Lin Dan dari China.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan Kejohanan Perahu Layar Remaja Dunia ISAF (ISAF YWC 2015) di sini, hari ini beliau berkata secara umumnya bekas pemain nombor satu dunia itu tiada masalah dan rekod pertemuan juga menunjukkan Chong Wei konsisten menewaskan pencabarnya.

“Jadi, untuk berjaya di Rio nanti saya percaya beliau ada banyak lagi perkara yang dapat dipertingkatkan dari segi prestasi sebelum kita dapat betul-betul membuat kesimpulan bahawa beliau bersedia bagi pingat emas,” katanya.

Khairy berkata kejayaan itu juga pastinya melonjakkan kedudukan Chong Wei daripada ranking ke-19 dunia ketika ini, sekaligus memberikan suntikan dalam meningkatkan semula keyakinan pemain itu dalam pemburuannya ke Sukan Olimpik.

Kemenangan di Stadium Pierre de Coubertin, Paris itu merupakan kejayaan sulung Chong Wei dalam saingan Siri Super tahun ini selepas kembali beraksi Mei lepas susulan digantung selama lapan bulan berhubung kes doping. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinLee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd