• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,000 Komuniti Fit Malaysia Dijalankan Di 121 Daerah Hingga Bulan Ini

oleh Ahmad Albab
23/10/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,936 Komuniti Fit Malaysia telah dijalankan di 121 daerah bermula awal tahun hingga bulan ini, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Berikutan itu, beliau berkata pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) program itu sehingga September lepas, melebihi sasaran 300,000 peserta apabila jumlah peserta direkodkan pada setiap program adalah sebanyak 347,052 orang atau 115.7 peratus.

“Memandangkan program ini mendapat sambutan menggalakkan dan masyarakat kini lebih sedar tentang pentingnya menjalani gaya hidup sihat serta cergas, kementerian bercadang memperluaskan lagi gerakan program ini ke peringkat parlimen, Dewan Undangan Negeri selain menambah bilangan program di peringkat daerah,” katanya yang juga anggota Parlimen Rembau di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) yang ingin tahu keberkesanan dan pencapaian program Fit Malaysia, yang giat dijalankan di seluruh negara serta langkah pemantapan program itu.

Khairy berkata program dilancarkan pada September tahun lepas itu, juga berjaya menganjurkan 13 acara di peringkat negeri yang juga mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.

Beliau berkata sebanyak 360 Hotspot Fit Malaysia telah dianjurkan kementerian sejak Januari hingga bulan ini.

“Ini suatu titik permulaan dalam misi kita membudayakan sukan serta menjadikannya sebahagian kehidupan seharian. Tanpa program seumpama ini, misi kita menjadikan Malaysia sebagai negara bersukan dan pencapaian di tahap tertinggi, amat mustahil,” katanya.

Sehubungan itu, Khairy berkata jalinan kerjasama dengan pelbagai agensi menerusi program Strategi Lautan Biru Kebangsaan perlu dilaksanakan sebagai salah satu langkah pemantapan program Fit Malaysia.

“Malaysia berada dalam ranking tertinggi penyakit tidak berjangkit antaranya diabetes, serangan jantung dan tekanan darah tinggi.

“Maka, segala acara dirancang menerusi program Fit Malaysia merupakan langkah terbaik untuk memastikan rakyat negara ini lebih cergas, selain mengurangkan penyakit serta kos perubatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Fit MalaysiaKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd