• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Tiada Apa Yang Disembunyikan, Kata Arul Kanda

oleh Ahmad Albab
30/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata syarikat itu tidak menyembunyikan sebarang perkara.

“Sesungguhnya, tiada suatu perkara pun mengenai 1MDB yang disembunyikan,” kata presiden dan pengarah eksekutif kumpulannya Arul Kanda Kandasamy kepada Bernama TV.

“Dan jika ada sebarang cubaan untuk berbuat demikian, ia adalah mustahil.

“Ini kerana ada lima agensi siasatan yang sedang memerhati 1MDB – Bank Negara, Jabatan Audit Negara, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

“Kesemua agensi ini diberi maklumat tentang syarikat ini…apa yang berlaku dalam 1MDB. Siasatan ini sedang diteruskan. Kami akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang sah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program khas ‘Bernama TV with Arul Kanda’ melalui Astro 502, HyppTV 410 dan www.bernama.com pada pukul 10 malam ini.

Program itu dihoskan bersama penerbit Bernama TV, Suriati Sanusi dan Timbalan Ketua Pengarang Bernama (Perkhidmatan Berita Ekonomi), Mikhail Raj Abdullah.

Menjawab soalan Mikhail Raj sama ada terdapat kemungkinan sebahagian daripada hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion dimasukkan ke dalam kocek seseorang, beliau berkata semua jumlah itu diambil kira melalui pelbagai penyata kewangan.

“Malah, pada Jun ini, kami menyatakan dengan setepat-tepatnya ke mana dana itu digunakan. Ia merupakan pelaburan bercampur…pembelian aset tenaga dan pembelian tanah.

“Setiap sen daripada hutang kami telah diambil kira. Ia boleh disahkan dengan menyemak penyata kewangan kami,” katanya.

Beliau berkata, penyata kewangan 1MDB dibentangkan kepada orang ramai melalui laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan penyata ini boleh dimuat turun.

Mengenai tindakan pihak tertentu melemparkan pelbagai tuduhan mengenai 1MDB, Arul Kanda berkata mereka perlu mengemukakan bukti mengenainya kepada pihak berkuasa.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, ada lima pihak berkuasa siasatan yang memerhati 1MDB. Ia hingga ke tahap iaitu sama ada terdapat bukti atau tidak, pihak berkenaan perlu membuat laporan mengenainya,” kata beliau.

Beliau berkata terdapat laporan awam dibuat terhadap 1MDB, termasuk kepada SPRM, dan syarikat ini bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan mengemukakan maklumat yang diperlukan.

“Akaun kami sangat jelas. Kami boleh tunjukkan ke mana perginya dana berhubung operasi syarikat ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd