• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Nur Jazlan Minta Arul Kanda, Pua Hentikan Perdebatan Terbuka

oleh Ahmad Albab
31/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed meminta perdebatan terbuka berhubung isu pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihentikan sebagai mengelak kredibiliti dan integriti jawatankuasa itu terus dipersoalkan mana-mana pihak.

Beliau menyarankan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang juga anggota PAC menghentikan perbuatan kebudak-budakan itu.

Katanya PAC adalah jawatankuasa yang dibentuk oleh Parlimen di peringkat tertinggi dan mana-mana perkara yang berkait dengannya, harus dibincang dalam jawatankuasa itu sahaja.

“Ini adalah proses yang sebenar. Jadi, saya menyarankan kedua-dua pihak menghentikan perbuatan kebudak-budakan ini dan balik semula ke mesyuarat PAC dengan membuat prosiding seperti yang telah dirancang sebelum ini,” katanya kepada selepas merasmikan sukan tahunan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Hwa, di sini Sabtu.

Nur Jazlan mengulas kesediaan Arul Kanda untuk bersemuka dengan Pua secara langsung di televisyen berhubung isu pelaburan syarikat itu, tanpa sebarang syarat.

Khamis lepas, Arul Kanda dalam satu kenyataan berkata beliau sedia berdebat dengan Pua secara langsung di televisyen dengan syarat anggota Parlimen daripada DAP itu meletak jawatan sebagai anggota PAC.

Peneraju 1MDB itu berkata demikian bagi menyahut cabaran Pua melalui blognya agar mereka mengambil bahagian dalam rancangan bual bicara secara langsung, dengan Pua menjadi pihak yang mengemukakan soalan.

Arul Kanda berkata beliau sebelum ini meletakkan syarat itu kerana Pua ialah anggota PAC, dan ia bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan kerana PAC juga menyiasat isu 1MDB.

Nur Jazlan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, PAC kini sudah lengkap untuk berfungsi semula, oleh itu tidak perlu untuk kedua-dua pihak mengacah sesama sendiri dengan membuat tindakan yang kurang bernas.

“Sekarang ini, polis sudah persoalkan integriti PAC dan anggota-anggotanya kerana dikatakan menjual maklumat. Siapa dia, mungkin dari Barisan Nasional, pembangkang, orang lain atau mungkin tiada.

“Namun, saya lihat sememangnya ada percubaan hendak merosakkan integriti dan kredibiliti PAC dan anggotanya,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd