• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB Akan Jawab Tony Pua Semasa Sesi Prosiding PAC

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata ia akan menjawab anggota Parlimen Tony Pua semasa sesi prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan datang mengenai permintaan untuk menerbitkan minit mesyuarat Lembaga Pengarah syarikat itu.

Syarikat pelaburan strategik itu berkata, ia telah menyerahkan dokumen asal syarikat, termasuk minit mesyuarat Lembaga Pengarah, kepada pihak berkuasa yang menyiasat 1MDB, seperti Polis Diraja Malaysia dan Ketua Audit Negara.

“Ini adalah mengikut setiap proses dan undang-undang negara kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Audit Negara mengesahkan laporan akhirnya akan tersedia sebelum akhir tahun ini dan akan diserahkan kepada jawatankuasa bebas, PAC, yang turut dianggotai Tony Pua.

PAC kemudiannya akan mengemukakan hasil siasatan kepada Parlimen, di mana semua maklumat berkaitan akan disediakan untuk orang awam.

1MDB berkata tanpa menunggu siasatan dimuktamad, Tony Pua sebaliknya terus membangkitkan persoalan terburu-buru, tiada bukti, dalam cubaannya untuk mendapat kepentingan politik.

“1MDB, bagaimanapun, kekal memberi tumpuan kepada penyiasatan, bekerjasama dengan pihak berkuasa. Sebenarnya, kami menanti untuk menjawab YB (yang Berhormat) Tony Pua – mengikut setiap proses dan dengan semua bukti sokongan – pada sesi prosiding PAC akan datang,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]tjFEFUPrUjQ[/wpdevart_youtube]

Tags: 1MDBTony Pua
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd